Suatu masa dulu, mungkin sekitar tahun 70 sampai 90an, rakyat Sabah heboh dengan cerita pengait. Bukan pengait buah kelapa sawit tapi pengait ini ialah orang yang ada lesen untuk memburu kepala orang untuk digunakan semasa buat jambatan baru. Mungkin ada orang Sabah tidak tahu dan mungkin juga ada yang pernah dengar tapi versi lain dari yang saya akan ceritakan.
Pengait pemburu kepala ini kononnya ada lesen dari kerajaan untuk memburu kepala orang. Jika pengait ditangkap dan dihantar ke balai polis, pengait tersebut akan dilepaskan serta merta. Kepala yang dikumpul pengait ini digunakan untuk jadi penahan jambatan. Kononnya, semangat dari kepala tadi akan mengukuhkan lagi jambatan daripada runtuh atau roboh.
(gambar hanya sekadar hiasan, tiada kaitan dengan pengait)
Setiap kali ada pembinaan jambatan, masa itulah orang kampung akan kata musim pengait. Anak kecil tidak dibenarkan keluar rumah sendirian. Kalau jalan pergi sekolah, mesti berteman lebih dari 5 orang. Sampai satu waktu, kawan saya tidak ke sekolah dengan alasan takut pengait. Ada macam-macam cerita yang saya dengar. Kononnya, ada orang yang sudah ditemui mati tiada kepala di dalam sungai. Ada juga yang satu keluarga hilang beberapa minggu tidak balik-balik setelah pergi menoreh getah.
Jika kamu lahir di zaman orang "berilmu", pandai buat-buat (jampi), cerita yang tidak masuk akal ini akan kedengaran meyakinkan. Tetapi sekarang, di zaman serba moden ini, cerita pengait sudah tidak diceritakan lagi. Mungkin cerita tersebut hanya digunakan oleh orang tua-tua untuk menakutkan anak-anak kecil supaya jangan keluar dari rumah.
rujukan :
http://takmungkinbenar.blogspot.com/2013/03/misteri-mitos-pengait-kepala-headhunter.html
http://salammalamjumaat.blogspot.com/2016/02/
http://www.punang.com/2011/01/penduduk-lawas-mati-dibunuh-tanpa.html
Ini bukan mitos , ini adalah situasi yang selalu berlaku
ReplyDeletedan berlaku lagi hari ini 24/08/2020 di daerah Tenom.
ReplyDeletewe need a proof guys... we need a proof.....
ReplyDelete