Sering marah bukanlah masalah besar. Tetapi hal yang merisaukan adalah apabila anak kita marah sehingga menjadi ganas dan agresif. Hal inilah yang anda perlu didik kepada anak anda. Jangan biarkan kemarahan mereka menjadi ganas dan agresif.
Berikut merupakan kaedah yang boleh digunakan untuk mengawal perasaan marah anak anda.
1. Berikan masa
Setiap kali anak anda marah, berikan mereka masa rehat. Jangan membalas atau melayan karenah mereka. Hal itu hanya akan mengakibatkan mereka menjadi lebih marah. Hantar mereka ke bilik tidur untuk menenangkan diri seketika. Tetapi, jika mereka bertindak agresif dan kasar, halang dan biarkan mereka duduk sehingga mereka bertenang.
2. Ajar mereka cara marah
Kanak-kanak selalunya menjerit, menumbuk, menendang dan membaling barang-barang ketika marah kerana mereka tidak tahu cara untuk menunjukkan perasaan marah mereka. Tugas anda sebagai ibubapa ialah mengajar mereka untuk melepaskan perasaan merah dengan betul. Pesan mereka untuk berkata seperti "saya sedang marah" atau "saya marahkan kamu" atau "dia buat saya sakit hati".
3. Berikan pujian untuk tingkah laku baik
Tingkah laku kanak-kanak bergantung kepada reaksi anda. Kanak-kanak selalunya cuba mendapatkan perhatian ibubapa dengan melakukan pelbagai cara. Sekiranya anak anda melakukan sesuatu yang baik, berikan mereka pujian, hargai usaha mereka. Tetapi, jangan pula berlebihan kerana mereka akan terbiasa dengan pujian sehingga sukar untuk menerima kritikan.
4. Jadi modal contoh
Adakah anak anda membesar di dalam suasana keluarga yang sering bertengkar sesama sendiri? Jika anda sendiri sering marah-marah, anak anda akan cenderung untuk turut mempunya itingkah laku yang sama. Jadikan diri anda sebagai modal untuk anak anda. Ini kerana, kanak-kanak sering menjadikan ibubapa mereka sebagai modal contoh.
5. Empati
Tunjukkan anda mengambil tentang perasaaan mereka. Cuba fahami apakah yang menyebabkan mereka sering marah. Galakkan mereka untuk berkongsi perasaan mereka. Apabila anda bersikap terbuka untuk mendengar, anak anda akan menjadi lebih tenang.
No comments:
Post a Comment