Menurut kajian syarikat yang mengeluarkan seluar tersebut, kebiasaan manusia kentut sebanyak 14 kali sehari. Kentut setiap individu pula mempunyai tahap bau yang tidak sama. Kadang kala ada yang mempunyai bau kentut yang sangat busuk sehingga menyebabkan rasa tidak selesa ke atas orang lain.
Hal inilah yang mendorong syarikat Shreddies untuk mencipta seluar jeans khas tersebut. Menurut syarikat ini, seluar jeans tersebut mempunyai activated carbon back panel yang mampu menyerap bau busuk. Dengan jahitan kain yang penuh bersilang-silang, bau tersebut akan tersekat di dalam kain tersebut sehinggalah dibasuh.
Sayangnya, seluar ini tidaklah murah kerana sehelai seluar berharga lebih 400 ringgit. Jika anda betul-betul tertekan dengan bau busuk kentut anda, ada baiknya anda mencuba seluar ini.
No comments:
Post a Comment