Tuesday, 9 October 2018

MISTERI KEMATIAN ELISA LAM YANG BELUM TERJAWAB


Kejadian ini berlaku pada tahun 2013. Elisa Lam merupakan seorang pelajar university yang sementara tinggal di hotel Cecil sebelum mayatnya dijumpai di dalam tangki air hotel tersebut. Peristiwa ini menjadi misteri kerana laporan postmortem merekodkan tiada kesan kecederaan pada tubuh Elisa.


Kes ini bertambah misteri setelah pihak polis berkongsi video rakaman CCTV terakhir Elisa Lam ketika berada di hotel tersebut. Jika diperhatikan, Elisa Lam sedang ketakutan dan seolah-oleh cuba bersembunyi daripada seseorang. Dia juga terlihat bercakap seorang diri.


Menurut pihak penyiasat, mayat Elisa dalam keadaan berbogel manakala bajunya pula terapung di dalam tangki air tersebut. Kerana laporan dari postmortem menolak kemungkinan dia dibunuh pihak polis hanya mampu membuat kesimpulan bahawa Elisa Lam membunuh diri.


Walaupun ahli keluarga Elisa menolak kemungkinan dia membunuh diri, mereka mengaku jika Elisa mempunyai gangguan bipolar iaitu masalah mental kerana tekanan perasaan. 


Lihat video ini dan nilai sendiri. Apa pendapat kamu?


No comments:

Post a Comment