Jane Park adalah gadis remaja berusia 17 tahun yang ingin menyaman syarikat loteri kerana membuat dia menjadi kaya secara tiba-tiba. Menurut Jane, kekayaan yang ia miliki secara tiba-tiba membuatkan hidupnya tertekan dan hilang kebahagiaan kerana mempunyai banyak duit.
Sebelumnya, dia bekerja 8 jam sehari sebagai kerani dan tinggal di dalam rumah sewa kecil bersama ibunya. Menurutnya, kehidupan tersebut sangat bahagia dan menyenangkan.
Malangnya, setelah ia membeli tiket loteri pertama kali di dalam seumur hidupnya, dia memenangi hadiah utama sebanyak 1 juta pound sterling. Kehidupan Jane berubah mendadak. Dia mulai berbelanja mewah kerana duit tidak lagi menjadi masalah.
Jane membeli sebuah rumah mewah, kereta Mercedes, BMW, Range Rover dan termasuklah membuat pembedahan plastik. Malah dia juga mulai berjudi, berparti dan saling bertukar-tukar pasangan.
Setelah merasai semua kepuasan yang ia cari selama ini, akhirnya Jane merasakan hidupnya seperti kosong walaupun mempunyai banyak duit. Kebahagian yang selama ini ia miliki hilang bersama duit yang ia menang.
Kerana itu, Jane bercadang untuk menyaman syarikat loteri tersebut kerana membenarkan dia yang baru berumur 17 tahun untuk menang duit yang terlalu banyak. Namun demikian, pihak loteri mengatakan bahawa mereka sentiasa melihat keadaan Jane dari masa ke semasa sejak dia memenangi loteri tersebut.
Membaca kisah Jane Park ini membuatkan saya teringat kembali kata-kata seorang tokoh motivasi. Menurut beliau, "kita ingin menjadi kaya, tapi minda kita tidak pernah bersedia untuk kaya".
No comments:
Post a Comment