Sunday, 5 May 2019

APA AKAN TERJADI APABILA ANDA MAKAN TELUR AYAM SETIAP HARI?



Telur ayam adalah makanan yang boleh dihidangkan dengan pelbagai jenis masakan. Mengikut selera peribadi, telur ayam boleh digoreng, direbus ataupun di makan mentah-mentah. Tetapi tahukah anda apa akan terjadi jika anda makan telur ayam setiap hari?


Mengikut perkiraan, telur ayam kaya dengan nutrisi. Sebiji telur ayam bersaiz besar kira-kira mengandungi 70 kalori. Ini boleh dijadikan sumber protein yang membantu untuk mengawal paras gula di dalam darah.


Protein dari telur ayam juga menyediakan asid amino untuk tubuh. Asid amino ini baik untuk tisu otot. Tubuh kita memerlukan asid amino untuk membina otot dan memulihkan otot. Jika anda sering bersukan dan ingin berbadan sasa, telur ayam adalah antara diet yang diperlukan di dalam pemakanan.


Kuning telur pula mengandung antioksidan yang boleh mencegah anda dari penyakit jantung, strok dan beberapa jenis kanser.


Selain itu, sebiji telur ayam juga merupakan sumber mineral antioksidan yang sangat baik untuk melawan kerosakan sel dan vitamin yang membantu mengubah karbohidrat menjadi tenaga. Telur ayam juga penting untuk kekuatan tulang dan gigi.


Walaupun telur ayam mempunyai banyak kelebihan, pakar kesihatan menasihatkan agar pengambilan telur ayam dihadkan sebanyak 3 biji sehari sahaja. Untuk yang mereka yang menghidap diabetes pula, adalah dinasihatkan untuk mengelakkan memakan lebih dari satu biji telur ayam sehari.



No comments:

Post a Comment