Thursday, 2 May 2019

5 PENJARA MEWAH SETARAF HOTEL UNTUK PARA BANDUAN

Di sesetengah tempat, menjadi tahanan di dalam penjara bukanlah sesuatu yang sangat menyeksakan. Jika anda dipenjara di tempat-tempat ini, anda boleh menganggap diri anda sedang bercuti panjang. Berikut adalah antara penjara-penjara yang termewah dan selesa bagi para banduan.

1. Her Majesty’s Prison Addiewell (Scotland)

Penjara ini seperti sebuah hotel. Lengkap dengan pelayan dan pengasuh.

2. Justice Centre Leoben (Austria)

Antara penjara termewah dengan menyediakan bilik berasingan untuk setiap banduan dan lengkap dengan dapur, tandas dan TV.

3. Sollentuna Prison (Sweden)

Penjara ini membenarkan banduan untuk menyediakan makanan sendiri mengikut citarasa peribadi. Penjara yang lengkap dengan perabot seakan-akan sebuah rumah.

4. Pondok Bambu Prison (Indonesia)

Penjara ini sangat mewah lengkap dengan set karaoke, penghawa dingin dan macam-macam lagi.

5. Aranjuez Prison (Spain)

Kerana perkara yang sangat menyedihkan adalah berpisah dengan keluarga, penjara ini pun memberi kebenaran untuk anak-anak para banduan tinggal bersama-sama di dalam penjara.

No comments:

Post a Comment