Saturday, 4 May 2019

AYAM TANPA KEPALA HIDUP LEBIH 2 TAHUN


Apakah perasaan anda apabila anda menjumpai seekor ayam yang tidak berkepala tetapi masih hidup dan berjalan-jalan? Pada tahun 1945, seekor ayam yang diberi nama Mike mampu bertahan hidup walaupun tidak berkepala. Pemilik ayam ini ialah encik Olsen.


Menurut Olsen, kejadian ini bermula ketika dia ingin memasak ayam sebagai makan malam. Pada waktu itu, dia sudah pun memotong kepala ayam tersebut mengunakan kapak. Tanpa disangka-sangka ayam tersebut melompat dan megepak-gepak sayapnya seolah-olah tiada yang berlaku.


Kerana pelik melihat kejadian tersebut, Olsen membiarkan ayam tersebut untuk melihat sendiri berapa lama ia mampu bertahan. Ternyata keesokan harinya, ayam tersebut masih hidup. Kerana merasa takjub, Olsen pun memberi ayam tersebut makan mengunakan alatan khas.


Ayam itu diberi nama Mike untuk nama pentasnya. Olsen sempat meraih $10,000 selama 8 bulan ia membawa ayamnya untuk persembahan. Malangnya, setelah 18 bulan hidup tanpa kepala, Mike mati kerana tercekik makanan.




No comments:

Post a Comment