Malangnya, di negara luar iaitu Venezuela, negara ini mengalami inflasi yang paling tinggi iaitu sebanyak 475.61%. Bayangkan jika duit kertas mereka lebih rendah nilai berbanding tisu tandas. Negara ini sedang mengalami zaman kemelesetan ekonomi yang sangat teruk. Ekonomi negara berhenti bertumbuh dan terus jatuh. Venezuela mengalami pelbagai masalah dari segi bekalan makanan, ubat-ubatan, tenaga elektrik dan pemerintah negara yang teruk.
Sebagai contoh betapa teruknya inflasi yang mereka alami, kadar tahunan inflasi harga ayam adalah setinggi 700%. Hal ini terjadi kerana kerajaan meletakkan sekatan dalam negeri untuk pengimportan makanan. Sekatan ini turut memberi kesan keatas bekalan ubat-ubatan.
Mata wang negara, Bolivar Venezuela, adalah mata wang yang paling teruk di dunia. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk program sokongan sosial dan infrastruktur yang teruk sehingga membawa kepada masalah ini. 95% pendapatan utama negara mereka adalah dari pengeluaran minyak. Tidak ada sumber lain yang boleh meningkatkan pendapatan negara. Pada masa ini, negara Venezuela telah berhutang kira-kira $ 15 bilion dolar dalam hutang dan ia telahpun kehabisan rizab tunai dan emas.
No comments:
Post a Comment