Hanya kerana perasaan geram kepada staf yang mengendalikan proses pendaftaran anak, San Juan menamakan anaknya sebanyak lebih 40 nama.
Mulanya, beliau diminta menulis nama anaknya pada borang pendaftaran. Kerana melihat ruang kosong terlalu sedikit, San Juan pun meminta ruangan tambahan pada borang tersebut. Malangnya staf tersebut berkata dia tidak boleh melakukannnya.
Kerana berkeras, beliau pun diberikan kebenaran. Oleh itu, dia pun menamakan anaknya dengan berpuluh-puluh nama untuk membuktikan dia boleh melakukannya. Malangnya, dia mendapat masalah lain pula kerana, untuk mengeluarkan sijil kelahiran anak beliau perlu mengambil masa 3 tahun untuk diselesaikan kerana perlu melalui proses dan penilaian dari banyak peringkat. Selain itu, pasport anaknya juga istimewa kerana memerlukan 3 helai kertas hanya untuk ruangan nama. Sekarang, setiap kali ingin melakukan pendaftaran, anak beliau melalui kesukaran kerana ruangan nama selalunya terhad untuk 30 huruf sahaja.
Berikut adalah nama-nama anak beliau :
1. (Anak pertama) Ramille Lewisse Marion To Kalon Zoe Vera Natalia Nadezna Zora Hosea Pro Patria Berenice Clotilda Currente Calamo Naomi Nahum Mehetabel A. San Juan.
2. (Anak kedua) Ramuel Spirituel Mattathiah Obadiah Darius Desiderius Abner Macaire Nowell Asa Izzy Zoon Politikon Trigg Gruffydd Keen Kemp Knowles Bonifacio Makabayan A. San Juan.
3. (Anak ketiga) Ratziel Timshel Ismail Zerubbabel Zabud Zimry Pike Blavatsky Philo Judaeus Polidorus Isurenus Morya Nylghara Rakoczy Kuthumi Krishnamurti Ashram Jerram Akasha Aum Ultimus Rufinorum Jancsi Janko Diamond Hu Ziv Zane Zeke Wakeman Wye Muo Teletai Chohkmah Nesethrah Mercavah Nigel Seven Morningstar A. San Juan.
No comments:
Post a Comment