Kerana kasih kepada bapanya, seorang lelaki nigeria membeli kereta BMW X5 baru sebagai keranda jenazah ayahnya. Kereta tersebut berharga sekitar 400,000 ringgit.
Lelaki yang bernama Azubuike ini berkata, dia hanya ingin membanggakan ayahnya yang baru meninggal. Harga kereta tersebut tidak setimpal dengan harga kehilangan ayahnya.
Ada yang bersetuju dengan tindakan Azubuike, tetapi ada juga yang marah kerana beranggapan perbuatan tersbut hanya menunjuk-nunjuk. Dipercayai, kampung Azubuike adalah sebuah perkampungan kecil dan tidak mempunyai kemudahan air bersih. Hal ini membuatkan ramai tertanya-tanya kenapa Azubuike tidak membeli kereta tersebut ketika ayahnya masih hidup.
Sebenarnya, hal ini juga pernah terjadi tiga tahun yang lalu apabila seorang jutawan nigeria mengubur ibunya dengan kereta Hummer SUV.
No comments:
Post a Comment