Tuesday, 10 April 2018

MENJADI KAYA KERANA TERJUMPA KOMIK DISEBALIK DINDING


Rezeki seorang ayah kepada empat orang anak datang tanpa disangka. David Gonzalez telah membeli sebuah rumah usang yang telah pun berusia lebih 70 tahun dengan nilai 10,000 USD. Tanpa disangka, ketika hendak mengubah suai rumah tersebut, dia menemukan komik Action Comics jilid pertama. 

Pada mulanya, dia tidak menyangka komik tersebut bernilai tersangat tinggi. Ketika dia menghantar komiknya untuk dibida, dia sangat terkejut kerana komik tersebut dibeli dengan nilai 175,000 USD. Malah 10 kali ganda lebih mahal berbanding rumah yang telah ia beli.


Komik tersebut diberi gred 1.5 daripada 10 kerana kulit belakang komik tersebut telah terkoyak ketika anak buahnya berebut komik tersebut. Bayangkan jika komik tersebut tidak mempunyai cela, harganya boleh mencecah jutaan dollar. Sebelumnya, salinan komik yang sama dengan nilai gred 9.0 telah dijual setinggi 2.16 juta USD.


Rezeki ayam nampak di kaki, rezeki manusia siapa yang tahu?


No comments:

Post a Comment