Suatu dapatan kajian di Francisco di kalangan para pelajar kolej mendapati bahawa penggemar kucing dan penggemar anjing mempunyai personaliti yang berbeza.
Menurut kajian tersebut, penggemar anjing mempunyai personaliti yang ceria, ramah dan penuh bertenaga. Mereka juga mempunyai tahap disiplin yang tinggi.
Bagi penggemar kucing pula, mereka dikategorikan sebagai introvert, berfikiran terbuka dan lebih sensitif berbanding penggemar anjing.
Menurut Denise Guastello seorang profesor di Carroll University di Waukesha, dia menjelaskan penggemar anjing memilih untuk keluar dan berbual dengan orang lain sambil berjalan-jalan bersama anjing mereka. Manakala penggemar kucing pula memilih untuk duduk di rumah dan melakukan aktiviti sendiri tanpa perlu membawa kucing keluar bersiar-siar.
Daripada 600 pelajar kolej, 60% memilih anjing dan 11% pula memilih kucing. Manakala selebihnya menyatakan meminati keduanya ataupun menolak keduanya. Jika diteliti keputusan akademik mereka, ternyata penggemar kucing mempunyai keputusan akademik yang lebih tinggi berbanding penggemar anjing.
Tetapi, kajian ini hanya dilakukan di kalangan pelajar kolej. Keputusan mungkin akan berbeza jika dilakukan secara menyeluruh.
Sebagai nota, Albert Einstein saintis yang memiliki IQ setinggi 160 mempunyai beberapa haiwan peliharaan termasuk anjing dan kucing.
No comments:
Post a Comment