Adakah anak kecil anda selalu marah-marah, menjerit, mengamuk, meronta-ronta atau menangis?. Hal tersebut dipanggil tantrum (amuk). Hal itu adalah umum untuk anak berumur di antara 1 hingga 4 tahun. Tantrum merupakan cara untuk anak kecil belajar cara berkomunikasi secara efektif. Tantrum boleh dibahagi kepada dua, iaitu tantrum emosi dan tantrum manupulasi.
Walaupun perkara tersebut adalah normal, anda haruslah mengetahui cara untuk mengatasi perkara tersebut. Saintis James Green di University of Connecticut dan Michael Potegal di University of Minnesota telah melakukan beratus ujian khusus berkenaan tantrum pada anak kecil. Kajian menunjukkan hanya ada dua cara terbaik untuk mengatasi tantrum tersebut.
Yang pertama ialah memberi mereka arahan yang jelas dan mudah difahami. Contohnya, "pergi ke bilik tidur". Dan yang kedua ialah jangan melayan karenah mereka. Biarkan mereka meronta buat seketika untuk meredakan emosi.
No comments:
Post a Comment