Wednesday, 17 May 2017

ADAKAH LIPAS BOLEH MAKAN MANUSIA?



TIDAK HANYA MENGIGIT
Lipas adalah serangga jenis omnivor yang makan tumbuhan dan daging. Manusia juga ada di dalam selera makan mereka. Lipas lebih cenderung untuk menggigit kuku, bulu mata, kaki dan tangan manusia. Gigitan boleh menyebabkan ruam, luka-luka dan bengkak. Bahkan ada yang mengalami jangkitan luka kecil.

Lipas, secara alaminya tidak menggigit manusia yang hidup. Kecuali, mereka sudah terlalu banyak dan makanan menjadi terhad. Kebiasaannya, lipas tidak akan menggigit manusia jika terdapat sumber makanan lain seperti dalam tong sampah atau makanan yang terdedah. Lipas adalah serangga yang mampu berevolusi. Ketika kekurangan makanan, mereka mampu untuk mengubah selera makan mereka. Adalah tidak mustahil manusia akan menjadi makanan mereke pada masa akan datang apabila keadaan mendesak.

Kes yang paling serius pernah dicatat berkenaan lipas mengigit manusia ialah di atas kapal. Ia telah didokumenkan bahawa beberapa lipas di atas kapal pelayaran telah menjadi begitu banyak sehingga lipas-lipas ini bertindak untuk memakan kulit dan kuku dari orang-orang di atas kapal. Sesetengah pelayar dilaporkan memakai sarung tangan supaya lipas tidak dapat menggigit jari mereka.

Berapa waktu lagi sebelum mereka mengubah selera makan mereka?


No comments:

Post a Comment