1. HANYA NYAMUK BETINA MENGIGIT
Makanan utama nyamuk jantan dan betina adalah nektar (madu) dari buahan dan tumbuhan. Hanya nyamuk betina menghisap darah kerana memerlukan protein yang terdapat didalam darah untuk menghasilkan telur. Setelah mendapat darah, nyamuk betina tadi akan berehat selama beberapa hari sebelum mulai bertelur.
2. JANGKA HAYAT NYAMUK KURANG DARI 2 BULAN
Nyamuk jantan mempunyai jangka hayat yang lebih pendek. Kebiasaanya tidak melebihi 10 hari. Manakala, nyamuk betina pula mampu hidup untuk 6 hingga 8 minggu di dalam keadaan tertentu. Nyamuk betina bertelur setiap 3 hari pada waktu tersebut.
3. NYAMUK BOLEH MENGESAN PERNAFASAN MANUSIA
Nyamuk menpunyai deria pengesan untuk mengesan karbon dioksida yang terhembus ketika kita bernafas. Karbon dioksida yang terapung diutara bertindak sebagai jejak untuk nyamuk mengesan punca karbon dioksida tersebut.
Kulit kita menghasilkan lebih daripada 340 bau kimia, Dan sebahagian daripada bau tersebut seperti makan malam untuk nyamuk. Mereka gemar octenol, kimia yang dikeluarkan dalam peluh, dan juga kolesterol, asid folik, bakteria tertentu, losyen kulit, dan minyak wangi.
5. BAJU GELAP MENGUNDANG NYAMUK
Ingat, nyamuk tertarik akan haba. Baju yang gelap memerangkap haba dengan lebih lama berbanding baju berwarna cerah.
No comments:
Post a Comment