Jangan pernah memandang rendah ke atas nyamuk kerana beberapa jenis nyamuk mampu membawa penyakit berbahaya seperti chikungunya, penyakit kuning, malaria, deman berdarah dan sebagainya.
Berikut merupakan beberapa penyakit merbahaya yang disebabkan gigitan nyamuk:
MALARIA
Malaria adalah suatu jangkitan darah yang menyebabkan demam panas tinggi dan kedinginan. ini disebabkan parasit yang disebarkan pada manusia oleh sejenis nyamuk melalui gigitan. Jutaan kes kematian dilaporkan kerana penyakit malaria ini sehingga menyebabkan kerajaan kita memandang serius masalah ini.
CHIKUNGUNYA
Penyakit deman virus jenis ini sembuh dengan sendirinya ditandai dengan arthralgia atau arthritis, terutamanya di pergelangan tangan, lutut, pergelangan kaki dan sendi-sendi lain untuk beberapa hari sehingga berbulan-bulan. Pesakit akan berasa lelah, penat dan berasa tidak berdaya pada bahagian sendi.
DEMAM SAKIT KUNING
Sakit kuning menyebabkan panas dingin, sakit otot terutama pada punggung, kehilangan nafsu makan, mual dan muntah-muntah. Nyamuk jenis ini kebiasaanya memiliki bintik-bintik putih pada pungung dan kakinya.
PENYAKIT KAKI GAJAH
Filiariasis (penyakit kaki gajah) adalah penyakit yang disebabkan oleh cacing yang disalurkan melalui gigitan nyamuk. Cacing jenis Wuchereria bancrofti yang paling sering ditemukan di negara tropika seperti indonesia.
Utamakan kesihatan keluarga anda, jangan biarkan nyamuk boleh membiak di kawasan kejiranan anda. Pastikan rumah dan persekitaran rumah anda bebas dari nyamuk. Anda boleh mencuba produk kami, Pembasmi serangga ORGANIC PEACE, tiada racun, lebih selamat, tiada bau, tiada warna dan sangat berkesan. Produk kami mampu bertahan selama 3 hingga 4 hari sekali semburan.
No comments:
Post a Comment