Monday, 24 April 2017
BAHAYA VIRUS ZIKA PADA IBU MENGANDUNG!!
Penyakit virus zika menular melalui gigitan nyamuk. Penyakit ini hanya memberi kesan ringan dan tidak merbahaya. Namun demikian, virus zika agak merbahaya kepada ibu mengandung. Terdapat kes yang melaporkan, virus zika menyebabkan kelahiran tidak normal seperti bayi berkepala kecil (microcephaly).
Kes pertama virus zika dikesan di Malaysia adalah pada tahun lalu 31 ogos 2016. Pesakit dikesan dijangkitan virus zika selepas seminggu balik bercuti dari Singapura.
Sehingga kini, tidak ada lagi vaksin untuk jangkitan virus zika. Para sainstis dan syarikat perubatan masih lagi berusaha untuk mencari vaksin yang dipercayai mampu untuk menangani malasah ini. World Health Organization (WHO) berkata, kajian ke atas vaksin virus zika akan mengambil masa 18 bulan untuk skala besar. Vaksin ini dijangka akan siap sepenuhnya dalam masa 2 atau 3 tahun. Pada masa kini, kerajaan U.S sudah pun membuat percubaan vaksin pertama mereka.
Buat pencegahan awal. Jangan biarkan nyamuk membiak di rumah anda. Pencegahan adalah "vaksin" terbaik buat masa ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment