Wednesday 23 January 2019

ANAK MALAS BELAJAR? INI 5 CARA UTAMA UNTUK NAIKKAN MOTIVASI

 

Setiap kanak-kanak mempunyai personaliti yang berbeza. Tindak balas dan reaksi mereka untuk sesuatu perkara adalah tidak sama. Oleh itu, kepelbagaian pendekatan diperlukan untuk menarik minat mereka untuk belajar. Ketika meningkat dewasa, mereka haruslah sedar bahawa belajar adalah suatu bahagian yang sangat penting di dalam hidup mereka.

Berikut adalah 5 cara untuk menarik minat anak anda untuk belajar

1. Berikan ganjaran
Kanak-kanak kebiasaannya suka akan ganjaran. Gunakan peluang ini untuk jadikan ganjaran sebagai motivasi mereka untuk belajar. Jika anak anda dapat menyiapkan kerja rumah, anda boleh berjanji untuk membawa mereka keluar berjalan-jalan, ke kedai aiskrim, ataupun ke taman permainan yang paling mereka gemari. Dengan ini, mereka akan sentiasa bersemangat untuk belajar.


2. Jadikan belajar itu sesuatu yang menyeronokkan
Jangan pernah menengking ataupun memarahi mereka jika mereka tidak belajar dengan betul. Perkara itu hanya membuat mereka cuba untuk lari dari waktu belajar. Jadikan belajar itu sesuatu yang menyeronokkan. Cuba jadikan belajar itu menyenangkan seperti mengunakan musik dan nyanyian.

3. Berikan pujian
Sentiasa berikan pujian unutk setiap jawapan yang betul. Walaupun mereka salah dalam menjawab, berikan pujian di atas usaha yang sudah mereka lakukan. Hal ini dapat membina keyakinan diri dan semangat mereka untuk terus belajar.


4. Galakkan mereka untuk bertanya
Di usia muda ini, mereka sedang berada di dalam proses pembelajaran. Mereka akan banyak mengalami benda baru di dalam kehidupan mereka. Bertanya adalah sesuatu yang sangat penting di dalam proses pembelajaran tersebut. Anda haruslah membantu mereka dengan menjawab setiap persoalan yan gmereka kemukakan.

5. Membaca
Untuk menarik minat mereka membaca dan belajar, anda haruslah rajin untuk membacakan buku cerita untuk mereka setiap hari. Kanak-kanak mempunyai imaginasi yang tinggi, dengan mendengar anda membaca, mereka akan secara tidak langsung minat untuk turut membaca buku. Jadikan membaca salah satu rutin harian.

No comments:

Post a Comment