Sunday 20 January 2019

8 CARA JADIKAN ANAK ANDA LEBIH BIJAK


Menurut pakar perkembangan kanak-kanak dan pakar neurologi, alam kanak-kanak adalah saat paling kritikal di dalam perkembangan intelektual seseorang. Alam kanak-kanak adalah peringkat di mana otak berkembang paling cepat. Apa yang anda ajar kepada anak anda pada waktu kecil akan memberi kesan di dalam perkembangan intelektualnya walaupun sesudah dewasa.

1. Belajar lebih awal
Usah tunggu zaman persekolahan. Ajar anak anda menghafal nombor dan abjad lebih awal. Jika mereka mengenal nombor dan abjad, mereka akan lebih senang faham dan belajar di sekolah.

2. Galakkan rasa ingin tahu anak
Anak kecil kebiasaannya mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi. Kita selaku ibubapa sebolehnya cuba untuk memberi dorongan. Dengan melakukkan sendiri perkara yang mereka ingin cuba, mereka akan belajar lebih banyak.


3. Membaca untuk anak
Mengikut kajian, kanak-kanak yang sering dibacakan buku oleh ibubapa mereka sewaktu kecil cenderung untuk minat membaca dan berjaya di alam persekolahan. Usahakan membaca untuk anak anda walaupun mereka masih belum boleh memahami kata-kata anda.

5. Bercakap dengan anak
Sering berkomunikasi dengan anak akan membantu mereka untuk menguasai pengunaan bahasa yang betul. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang sering berkomunikasi di rumah mempunyai otak yang lebih aktif dan kemampuan lisan yang tinggi.

6. Biarkan anak anda bermain
Dengan bermain, anak anda mampu membina kemahiran intelektual, sosial, fizikal dan juga emosi. Apabila bermain dengan kanak-kanak yang lain pula, mereka dapat belajar untuk menggabungkan idea, pendapat dan perasaan di samping meningkatkan kemahiran mereka untuk berinteraksi diantara satu sama yang lain.


7. Dengar lagu
Kajian telah menunjukkan bahawa mendengar muzik dapat meningkatkan memori, perhatian, motivasi dan pembelajaran. Ia juga boleh mengurangkan tekanan yang berkemungkinan merosakkan otak anak anda. Satu kajian juga menunjukkan bahawa otak kanak-kanak berkembang lebih cepat dengan latihan muzik.

8. Buat perkara yang boleh dicontohi
Kanak-kanak belajar dengan melihat. Biarkan diri anda menjadi model contoh untuk anak anda. Buat perkara yang kreatif dan sebagainya. Contohnya, di saat anak anda melihat anda membaca buku, mereka akan meniru kelakuan tersebut dan minat mereka untuk membaca juga akan bertambah.

No comments:

Post a Comment