Friday 25 January 2019

ANAK BENCI MAKAN MAKANAN SIHAT? INI 5 CARA UNTUK ANDA CUBA


Tidak mudah untuk mengajar anak kecil anda untuk menyukai makanan baru. Mereka selalunya menyukai makanan ringan yang kurang berkhasiat dan makanan manis. Kita sebagai ibubapa sudah tentu inginkan mereka mencuba untuk mengambil makanan sihat, tetapi bagaimana caranya? Berikut merupakan cara yang anda boleh cuba.

1. Duduk dan makan bersama anak anda
Anda adalah model contoh untuk anak anda. Mereka akan belajar untuk makan dan mencuba makanan baru dengan melihat dan meniru anda makan.


2. Menawarkan makanan baru berulang kali
Kanak-kanak biasanya perlu melihat, mencium, dan menyentuh makanan beberapa kali sebelum mencuba untuk makan. Kadang kala mereka perlu mencubanya beberapa kali sebelum mulai menyukainya. Teruskan untuk menawarkan mereka makanan baru disamping makanan yang pernah mereka tolak.

3. Berikan anak anda cukup masa
Kanak-kanak kecil belajar dengan menyentuh, menghidu dan melihat makanan. Berikan waktu untuk anak anda biasa dengan makanan yang anda berikan. Belajar menggunakan sudu dan garpu juga memerlukan masa. Makan perlahan-lahan bersama anak anda.

4. Cuba tawarkan makanan yang sama dengan cara yang berbeza.
Cuba berikan makanan kepada anak anda dengan cara yang berbeza. Contohnya, masakan kukus, rebus, panggang dan sebagainya. Jika anak anda suka sayur-sayuran yang dimasak dengan cara tertentu, berikan sayur-sayuran lain yang dibuat dengan cara yang sama.


5. Berikan makanan baru disertai makanan yang mereka gemari
Sediakan makanan baru dengan sekurang-kurangnya 1 makanan yang disukai oleh anak anda. Jika anak anda tidak mahu makan, atau makan sedikit pada waktu makan, berikan mereka makanan ringan yang sihat 1 hingga 2 jam kemudian. 

Kadang kala, anak kecil hanya mahu makan makanan yang sama berulang kali. Ini adalah perkara biasa dan mungkin bertahan selama beberapa minggu atau bulan. Jika makanan kegemaran mereka adalah sesuatu yang menyihatkan atau berkhasiat, teruskan menawarkannya bersama dengan pelbagai makanan sihat yang lain. Tetapi, jika makanan kegemaran mereka adalah kurang sihat, usah berikan secara kerap.

No comments:

Post a Comment