Sunday, 25 November 2018

SEORANG IBU MENJAWAB LEBIH BANYAK SOALAN BERBANDING SEORANG PERDANA MENTERI


Mengikut sebuah kajian yang dijalankan di UK, seorang ibu biasanya diajukan sebanyak 300 soalan sehari oleh seorang anak. Semakin meningkat usia, kanak-kanak akan lebih kurang menyoal tetapi soalan mereka semakin sukar dijawab. 82 peratus ibu mengaku bahawa mereka kadang kala tidak mampu menjawab soalan sukar tersebut.

Kajian tersebut juga merumuskan bahawa kanak-kanak perempuan yang berumur 4 tahun merupakan golongan yang paling banyak bertanya. Kebiasaannya, mereka akan bertanya sebanyak 390 soalan sehari iaitu 90 soalan lebih banyak berbanding kanak-kanak lelaki.


Jika pada usia 4 tahun kanak-kanak biasanya bertanya 300 soalan sehari, bagi yang berumur 9 pula, mereka bertanya sekitar 144 soalan sehari. Dari jam 7.19 pagi waktu sarapan sehinggalah  jam 7.59  malam, seorang ibu akan disoal setiap 2 minit 36 saat. Untuk setahun pula, secara puratanya si ibu akan diajukan sebanyak 105,120 soalan.

82 peratus kanak-kanak yang berumur 2 tahun kebawah akan menyoal si ibu berdanding si ayah. Manakala, sebanyak 24 peratus kanak-kanak yang berumur 7 tahun keatas mengaku mereka lebih memilih menyoal ibu kerana ayah mereka hanya menyuruh mereka bertanya kembali kepada si ibu.


Bayangkan seorang anak sahaja mengajukan 300 soalan sehari, bagaimana pula si ibu yang mempunyai lebih dari seorang anak? Jika kamu mempunyai adik beradik yang ramai, kamu seharusnya hormat ibu kamu yang mampu bertahan menahan karenah kamu selama ini. Hehehe





Sunday, 18 November 2018

PENJUAL ONLINE TIPU PEMBELI DENGAN MENJUAL GAMBAR IKLAN SAHAJA BUKAN BARANG ASLI


Viral di Indonesia, seorang peniaga online di dalam website Tokopedia telah menipu pembeli dengan hanya menjual gambar iklan produk sahaja. 

Menurut pembeli yang telah tertipu tersebut, dia hanya menerima gambar produk yang ingin ia beli iaitu hardisk komputer. Tampil membela diri, si penjual berkata dia sememangnya hanya menjual gambar iklan tersebut bukannya hardisk. Dia juga mengatakan ada menulis keterangan "hanya gambar sahaja". Tetapi bagi para pemerhati lain, penjual tersebut telah menipu kerana meletakkan ayat iklan berbunyi “jual Hardisk External WD 1 TB”. 


Penjual tersebut juga didapati cuba mengelirukan pembeli kerana meletakkan harga gambar hardisk senilai dengan harga hardisk asli. Dia menjual gambar hardisk tersebut dengan harga 450,000 rupiah (RM130) iaitu hanya sedikit murah dengan harga hardisk asli.

Kejadian ini turut mendapat perhatian dari pihak berwajib Indonesia dan akan berjanji mengambil tindakan keatas penjual tersebut kerana ada unsur-unsur penipu.

Saturday, 17 November 2018

KEPINGAN JAGUNG BERBENTUK NEGERI ILLINOIS DIBELI DENGAN HARGA 1,350 USD


Sepasang adik beradik, Melissa dan Emily yang tinggal di Virginia berjaya menjual corn flake (kepingan jagung) yang berbentuk negeri Illinois dengan harga 1,350 USD di dalam bidaan website E-Bay.


Pembeli kepingan jagung tersebut adalah pemilik website Trivia. Dia berkata ingin menjadikan kepingan jagung tersebut di dalam muzium pelancongan.


Pada mulanya, Melissa dan Emily juga tidak pernah terfikir bahawa kepingan jagung tersebut akan dibeli dengan harga yang sangat tinggi. Mereka berdua merancang untuk mengunakan duit tersebut untuk percutian.

CERAI SUAMI SEBAB MENANG LOTERI. MAKAMAH DENDA BAGI SEMUA DUIT KEMENANGAN 1.3 JUTA $


Setelah memenangi loteri bernilai 1.3 juta USD, Denise Rossi mengambil keputusan untuk menceraikan suaminya. Dia juga turut merahsiakan kemenangan tersebut kerana tidak ingin berkongsi duit loteri berkenaan.

Menurut bekas suaminya Thomas Rossi, sepanjang perkahwinan mereka selama 25 tahun, mereka tidak pernah mengalami masalah rumah tangga. Bahkan, sebelum diceraikan, mereka berdua masih berkongsi satu berus gigi kerana hubungan mereka yang erat.

Kerana merasa sangsi dengan tindakan Denise yang menuntut cerai, Thomas berusaha mencari sebab sebenar. Rupa-rupanya, 11 hari sebelum dia diceraikan, Denise telah memenangi loteri bernilai jutaan ringgit. Berang dengan tindakan Denise, Thomas pun membawa isu tersebut di makamah.

Setelah mendengar penjelasan Thomas, makamah mengambil keputusan bahawa Denise bersalah melanggar undang-undang penceraian dan cubaan melakukan penipuan. Makamah memutuskan semua duit kemenangan Denise diberikan sepenuhnya kepada Thomas bekas suaminya.

Menurut peguamnya, jika Denise memberitahu lebih awal berkenaan kemenangan tersebut, dia boleh mengisytihar duit kemenangan tersebut sebagai harta berasingan. Tetapi kerana dia telah cuba menipu, makamah menolak alasan tersebut.

Wednesday, 14 November 2018

KERETA TERBAKAR KERANA MENYELAMATKAN ORANG. TOYATA GANTI KERETA BARU


Kerana cuba menyelamatkan orang yang terperangkap di dalam kebakaran, Allyn Pierce nekad untuk merempuh api yang sedang marak. Aksi berani beliau berjaya menyelamatkan beberapa orang, tetapi malangnya kereta Toyota yang beliau gunakan terbakar di bahagian sisi dan depan.


Setelah kejadian itu, Allyn berkongsi gambar kereta tersebut di dalam instagram. Sejurus itu, gambar tersebut mendapat puluhan ribu likes dan komen sehingga menarik perhatian syarikat besar Toyota. Turut terharu dan kagum dengan keberanian yang Allyn tunjukkan, pihak Toyota pun berbesar hati untuk menggantikan Toyota yang terbakar tersebut dengan yang baru sebagai tanda penghargaan.


Menurut Allyn, dia juga sempat menghantar pesan selamat tinggal kepada keluarganya sebelum merempuh ke dalam kebakaran tersebut. Bertuahnya, dia berjaya keluar dari kebakaran tersebut bersama beberapa orang yang mampu beliau selamatkan.

JEPUN DAN BUDAYA BUNUH DIRI



Di sebalik agungnya negara Jepun di dalam bidang ekonomi dan pembangun, terdapat satu cela yang masih gagal mereka atasi. Masyarakat Jepun sememangnya dikagumi dan disanjung tinggi kerana budaya kerja keras mereka. Dari sebuah negara yang musnah teruk ketika perang dunia kedua, Jepun bangkit menjadi sebuah negara maju yang terkenal di seluruh dunia.


Hari ini, perdana menteri kita mengulang semula dasar pandang ke timur yang pernah beliau lancarkan pada tahun 1982. Dasar ini adalah dasar ekonomi yang mana turut menjadikan budaya kerja Jepun sebagai contoh etika bekerja.

Hakikatnya, budaya ini ada baik dan buruknya. Bagi masyarakat Jepun, tidak bekerja dianggap seperti tabu ataupun suatu perkara yang sangat teruk dan tidak boleh diterima. Kerana persepsi inilah masyarakat Jepun memilih untuk membunuh diri jika gagal mendapat kerja ataupun menghadapi tekanan di tempat kerja.


Jepun sememangnya terkenal dengan budaya membunuh diri. Pada zaman samurai, seorang samurai yang gagal dalam menjalankan tugas atau kalah dalam perang akan melakukan Seppuku iaitu ritual membunuh diri dengan membelah perut mengunakan samurai. Ketika perang dunia kedua pula, Jepun melancarkan serangan Kamikaze iaitu serangai bunuh diri mengunakan kapal perang. Begitu juga ketika perang pasifik, Jepun melakukan serangan Banzai iaitu meluru ke depan untuk menyerang tanpa mempedulikan serangan dari pihak lawan.

Pada tahun 2003, jumlah kematian akibat bunuh diri di Jepun ialah sebanyak 34,000 orang. Pada tahun 2014 pula, angka kematian bunuh diri pada setiap hari ialah sebanyak 70 orang. Kebanyakan kes bunuh diri adalah berpunca daripada ketiadaan kerja ataupun kerja berlebihan di tempat kerja.


Bagi sesetengah masyarakat Jepun, mereka hanya ada dua pilihan. Mati kerana kerja ataupun bunuh diri kerana tidak mempunyai kerja. Gelaran Karoshi adalah untuk mereka yang mati kerana kerja berlebihan. Dan peliknya, perkara ini bukanlah sesuatu yang pelik di sana.


Di Malaysia pula, kita tidak melihat orang lain yang tidak bekerja sebagai sesuatu yang buruk. Lihat sahaja jumlah pengemis di Malaysia, kita sentiasa berbesar hati untuk memberi sedekah tanpa melebel para pengemis sebagai pemalas. Mungkin saja mereka mempunyai isu-isu yang kita gagal untuk faham. 

Tuesday, 13 November 2018

DULU HISAP GAM, SEKARANG MINUM AIR REBUS LAMPIN BAYI UNTUK RASA KHAYAL


Jika sebelum ini gam kasut terpaksa dijual secara terkawal kerana disalah gunakan oleh budak-budak penghisap gam, sekarang nampaknya kerajaan perlu mencari inisiatif baru untuk mengawal pembelian lampin bayi kerana baru-baru ini menjadi viral sekumpulan kanak-kanak meminum air rebusan lampin bayi untuk mendapat rasa khayal.


Mereka yang pernah mencuba air rebusan lampin ini mengatakan kesan air tersebut lebih mengkhayalkan berbanding menghisap gam. Ada juga yang mengatakan kesannya seperti menghisap syabu. Badan terasa ringan, terasa seperti terbang, gembira dan tenang.


Sebelunnya, penemuan itu dilakukan tanpa sengaja oleh sekumpulan remaja yang ingin mencuba-cuba. Setelah itu, perbuatan minum air rebusan lampin merebak secara meluas kerana membeli lampin lebih murah berbanding gam kasut yang boleh memberikan kesan khayal.


Mengikut kajian, air rebusan tersebut mengandungi bahan kimia yang memberi kesan kepada mata atau butiran polimer penyerap cecair yang berbahaya jika dimasukkan ke dalam badan.

Sunday, 4 November 2018

PEROMPAK PALING TERUK DALAM SEJARAH


Kejadian rompakan ini sangat pelik kerana para perompaknya terbukti tidak boleh berfikir secara waras. Polis yang menerima laporan tersebut juga hampir-hampir tidak bercaya wujud perompak sedemikian.

Mulanya, seorang pemilik kedai Vape didatangi 6 orang perompak yang masuk ke dalam kedainya pada awal pagi. Setelah diminta menyerahkan duit, pemilik kedai tersebut berkata dia tidak mempunyai duit kerana kedainya baru sahaja buka. Lalu dia pun menawarkan para perompak tersebut untuk datang semula pada waktu petang kerana waktu itu dia boleh mendapat banyak duit hasil jualan pada hari tersebut.

Para perompak yang kelihatan bersahaja itu bersetuju dan berlalu pergi. Setelah itu, pemilik kedai tersebut pun menelefon balai polis berdekatan untuk membuat laporan. Walaupun sukar untuk percaya laporan tersebut, beberapa orang polis terpaksa datang untuk memastikan kebenaran laporan itu.

Ajaibnya, ketika kedai ingin ditutup, para perompak tersebut benar-benar datang semula untuk mengambil duit. Malangnya, kali ini polis sudah bersedia di bilik belakang kedai lengkap dengan senjata. 5 orang perompak berjaya ditangkap dan seorang lagi berjaya melarikan diri.

TEMPAT UNTUK DAPAT KOTAK TERPAKAI PALING MURAH


Gara-gara mau pindah rumah, terpaksalah saya cari lubuk-lubuk untuk beli kotak terpakai. Macam biasalah, guna bantuan Google untuk cari tips-tips yang orang sudah pernah kongsi. Selama pencarian tersebut, akhirnya ada satu tempat paling best. Tempat ni jual sangat murah. Sebab tu saya perlu kongsi dengan kamu. Sharing is caring~


Jadi alkisahnya begini, mula-mula saya ikut tips satu blog ni. Dia suruh minta kotok terpakai di stesen isi minyak kereta. Sebab stesen minyak Petronas tidak jauh dari rumah, jadi saya pun try tanya pekerja dia. Tapi rupanya malang, ada satu saja kotak terpakai. Itu pun besar macam bantal saja. Bila tanya perlu bayar atau tidak, pekerja tu sempat delay 30 saat sebelum cakap "ambil saja tida perlu bayar". Apa-apa pun terima kasih sebab bagi free. hehehe


Lepas tu, saya mencuba nasib di kedai runcit pula. Bila tengok kedai tu ada banyak barang-barang dijual. Jadi dalam hati cakap, mesti ada banyak kotak terpakai. Dan tekaan saya memang betul. Memang ada banyak kotak terpakai, tapi tauke tu jual 1 ke 3 ringgit sekotak. Bila fikir-fikir saya perlu sekurang-kurangnya 30 kotak, saya terpaksa batalkan niat untuk beli. Buat apa juga beli kotak terpakai mahal-mahal sedangkan hanya perlu guna sekali. Betul kan? Lain la kalau kotak baru dia jual mahal. Jadi jawapannya, sayonara sajalah tauke.


Tidak putus asa, saya pun pergi di supermarket. Kedai besar, memang mesti ada kotak terpakai. Tapi persoalannya dorang jualkah? Ahaaa! inilah yang saya mau kongsi. Sebenarnya, di supermarket ni dorang memang jual kotak terpakai, tapi bukan dalam pasaraya tu, tapi di luar di tempat loading barang-barang keluar masuk. Selalunya loading bay ni ada di bahagian belakang pasaraya. Kamu hanya perlu datang sana dan minta untuk beli kotak terpakai. Di situ dorang biasanya jual ikut harga pasaran untuk kotak terpakai iaitu 30 sen per kilo. Bila sudah dengar 30 sen saja satu kilo, saya pun cepat-cepat pilih kotak-kotak besar untuk timbang. Mungkin dalam 40 kotak macam tu saya hanya perlu bayar 7 ringgit. Memang terbaiklah! Tempat tu akan sentiasa jadi tempat pilihan utama untuk cari kotak terpakai lepas ni. hehehe

Saturday, 3 November 2018

SMARTPHONE FLEXPAI BOLEH LIPAT MACAM DOMPET


Syarikat dari China akan mengeluarkan handphone boleh lipat pertama pada Disember ini. Sebelum dilipat, handphone ini seakan tablet dan jika dilipat pula akan serupa smartphone. Handphone ini dilengkapi dengan RAM 8GB dan ruang storage sebesar 128GB dan 256GB.


Harga handphone ini sekitar RM5500 dan RM7800. Jika duit bukanlah masalah bagi anda, boleh la membuat pre-order untuk menjadi antara yang pertama membeli handphone ini.