Setelah tular di media sosial, semakin ramai penduduk kampung datang mengumpul air hitam dari sebuah telaga di tengah kawasan pergunungan Srisakorn Narathiwat, Thailand. Air tersebut dipercayai mempunyai kuasa menyembuhkan pelbagai jenis penyakit sehingga dianggap air suci.
Pelbagai cerita dikongsi oleh mereka yang mengaku telah disembuhkan dari air tersebut. Ada yang mengatakan bahawa air tersebut telah menyembuhkan seorang dari penyakit buta. Jika air tersebut dibiarkan semalaman, air tersebut akan berubah warna menjadi air jernih. Ada juga yang menceritakan bahawa seorang doktor telah mengesahkan air tersebut sama bersih seperti air dari mata air di pergunungan.
Kerana sudah menjadi heboh, pihak kerajaan Thailand terpaksa menghantar wakil dari jabatan kesihatan untuk memeriksa sendiri kandungan air tersebut. Malangnya, keputusan kajian mereka mengatakan sebaliknya. Air tersebut berwarna hitam kerana campuran mendapan dan bakteria sejak 30 tahun yang lalu. Bakteria tersebut juga boleh menyebabkan sakit perut dan cirit birit.
Terpulang kepada individu jika ingin mempercayai kajian daripada jabatan kesihatan ataupun daripada penduduk kampung yang mengaku disembuhkan oleh air tersebut.
No comments:
Post a Comment