Sunday 17 June 2018

ULAR TERPANJANG DI DUNIA DITEMUI DI MALAYSIA


Istimewanya negaraku. Kali ini, Malaysia merupakan pemegang rekod ular terpanjang di dunia. Ular ini ditemui di kawasan tapak pembinaan di Pulau Pinang. Ular sawa ini berukuran 8 meter dan sekali gus berjaya mengatasi rekod dunia ular sawa dari Kansas City yang berukuran 7.67 meter.

(Ular yang memegang rekod dunia sepanjang 8 meter)

Ular sawa merupakan ular terpanjang dunia bahkan, adalah lebih panjang berbanding ular gergasi amazon, anaconda. Menurut penyelidik, ular sawa ini mampu membesar sehingga 10 meter tetapi setakat ini belum ada catatan rasmi untuk ukuran tersebut.

Anaconda (kiri), Ular sawa (kanan)

Malaysia juga merupakan negara yang mempunyai rekod-rekod yang lain contohnya, bunga terbesar di dunia, daun keladi (Alocasia Macrorrhiza) terlebar di dunia, gajah terkecil di dunia, serangga terpanjang di dunia, jambatan gantung tertinggi di dunia dan sebagainya.. Specialkan .hehehe

Serangga terpanjang, serangga ranting (Sabah)

Bunga terbesar Rafflesia (Sabah)

Daun telinga gajah terlebar (Sabah)

Jambatan gantung tertinggi (Sabah)

Gajah terkecil (Sabah)

No comments:

Post a Comment