Sunday 10 June 2018

KEBENARAN MAKANAN JATUH DAN "PERATURAN 3 SAAT"



Makanan terjatuh di lantai dan kawan kita berkata "peraturan 3 saat". Adakah teori 3 saat ini logik ataupun hanya sekadar mitos?

Mengikut kajian, 70% wanita dan 56% lelaki sudah biasa dengan peraturan ini. Wanita lebih cenderung percaya akan teori 3 saat berbanding lelaki.


Profesor Hilton pakar di dalam bidang kajian kuman berkata, makanan yang terjatuh di lantai tidak akan seratus peratus bebas daripada bakteria walaupun di kutip dalam masa kurang 3 saat. Hal ini kerana, kebersihan makanan yang terjatuh tidak hanya bergantung dengan tempoh masa ia di lantai, tetapi bergantung juga dengan keadaan permukaan lantai dan jenis makanan.

Dalam erti kata lain, teori berkenaan ada betulnya kerana, lebih lama makanan di lantai, maka akan lebih banyaklah bakteria yang terkumpul. Tetapi ianya tidaklah bebas kuman seratus peratus apabila mengambil kira soal kebersihan permukaan lantai dan jenis makanan.


Keputusan soal selidik ke atas 2000 orang peserta ialah, 79% mengaku mereka pernah makan makanan yang jatuh di lantai. Adakah anda juga tergolong dalam 79% tersebut? Kalau nampak bersih, bole cuci dan makan. Tidak baik membazir. hehehe

No comments:

Post a Comment