Saturday 9 June 2018

SEBAB KENAPA KITA DIHIMPIT LEMBAGA HITAM KETIKA TIDUR


Pernahkah anda terjaga ketika tidur dan tidak mampu untuk bergerak? Anda tidak mampu untuk bersuara, mengerakkan kepala, terasa terhimpit di bahagian dada, dan sesak nafas? Adakah benar wujudnya mahkluk halus yang sedang duduk di atas badan anda atau sebenarnya ada penjelasan saintifik untuk perkara ini?


Jika kamu lahir di Sabah, sudah pasti anda pernah mendengar teori "dihimpit". Kononnya ada sejenis hantu yang sedang duduk menekan dada kamu ketika kamu sedang tidur. Sejauh mana kebenaran teori ini?

Dari sudut saintifik, para penyelidik mempunyai teori tersendiri. Mereka percaya kejadian ini (Sleep Paralysis) terjadi kerana tubuh kita yang sedang tidur berapa di dalam stage REM (Rapid Eye Movement). Pada ketika ini, kebiasaannya kita akan mengalami mimpi kerana gelombang otak kita sedang aktif. Tubuh badan kita pula tidak akan mampu untuk bergerak kerana stage REM tidak membenarkan kita bergerak untuk mengelak pergerakan tubuh yang aktif ketika kita sedang bermimpi. Jika kita terjaga ketika stage REM, maka kita tidak akan mampu untuk bergerak untuk seketika diantara beberapa saat hingga beberapa minit. 

Jika anda mengalami keadaan ini, anda sebenarnya tidak bersendirian. Mengikut kajian, 65% manusia akan mengalami Sleep Paralysis. 


Walaupun terdapat penjelasan saintifik ke atas kejadian ini, bagaimana pula penjelasan untuk mereka yang kononnya melihat sendiri "lembaga" yang sedang menghimpit mereka? Hmmm. Malam ni tidur jangan lupa basuh kaki.

No comments:

Post a Comment