Sunday 24 June 2018

5 TANDA ANAK ANDA DILAHIRKAN GENIUS


Ingin tahu jika anak anda mempunyai ciri-ciri anak genius? Berikut merupakan 5 tanda bahawa anak anda berkemungkinan genius.

1. BERAT KETIKA BARU DILAHIRKAN


Mengikut catatan daripada beberapa kajian yang berbeza, bayi yang dilahirkan berat selalunya mempunyai tahap intelektual yang tinggi berbanding bayi yang dilahirkan ringan. Jika bayi anda berapa didalam julat berat antara 3.5kg dan 4.4kg, anda mungkin mempunyai seorang anak yang berpotensi lebih bijak berbanding yang lain. Hal ini berkemungkinan kerana ketika dalam kandungan, bayi tersebut mendapat nutrisi yang lebih baik.

2. TIDUR YANG SEDIKIT


Pada bulan-bulan yang pertama, bayi yang hanya tidur diantara 10 hingga 15 jam berkemungkinan merupakan bayi genius. Bayi yang mempunyai otak aktif memerlukan lebih masa untuk berhenti sejenak dan bertenang sehinggalah dia mulai tertidur.

3. MAMPU MENYELESAIKAN MASALAH


Kanak-kanak yang mempunyai daya pemikiran yang lebih cepat berbanding kanak-kanak biasa yang lain selalunya genius. Jika anak anda suda tahu menyelesaikan jigsaw puzzle ketika berusia 2 tahun, anak anda adalah genius. Pakar permainan catur dunia Magnus Carlsen adalah antara anak yang berkemampuan untuk menyelesaikan 50 keping jigsaw puzzle pada usia 2 tahun. 

4. PENUH DENGAN PERSOALAN


Anak yang berusia diantara 24 hingga 36 bulan dan penuh dengan soalan juga merupakan tanda-tanda kanak-kanak bijak. Kadang kala mereka akan bertanya soalan yang tidak masuk akan dan berulang kali.

5. PEKA


Bayi selalunya menghabiskan waktu jaga mereka dengan memerhati keadaan sekeliling. Bayi genius, kebiasaannya akan membuat hubungan mata dengan orang yang memegangnya atau mereka yang sedang bercakap. Bayi genius juga sering memberi tindak balas keatas bunyi dan gerakan pada persekitaran mereka. Ketika berusia 2 tahun pula, jika anak anda mampu memberi reaksi keatas emosi yang anda tunjukkan, itu juga merupakan tanda bahawa anak anda berkemungkinan genius. Sebagai contoh, ketika anda menangis, anak anda akan datang memeluk ataupun membantu untuk mengesat air mata anda.


Walaupun anak anda tidak memunyai ciri-ciri diatas, itu tidak bermaksud anak anda tidak genius.  Sedangkan Albert Einstein yang terkenal sebagai manusia tergenius di dunia juga hanya mulai bercakap ketika usia 4 tahun. 

No comments:

Post a Comment