Thursday 14 June 2018

HOBI JIRAN YANG BOLEH MEMBUATKAN ANDA HILANG SABAR


Hobi pelik Soh yang bermula sejak 20 tahun yang lalu sangat membimbangkan penghuni rumah yang berhampiran.  Kerana hobi mengumpul barang-barang terpakai ini lebih pelik berbanding yang lain. 


Soh gemar mengumpul segala jenis barang yang ia temukan. Hampir segala benda yang beliau boleh kutip akan dibawa pulang untuk memenuhi kediamannya. Menurut suaminya Lim, beliau sudah tidak mampu menghalang kehendak isterinya meskipun dia terpaksa tinggal didalam rumah yang penuh dengan longokan barang-barang buangan.


Tidak seperti encik Lim, jiran-jiran sudah mulai tidak tahan sehingga terpaksa membuat laporan meminta bantuan pihak berkuasa untuk campur tangan. Menurut puan Nur Ashikin, setiap hari dia akan menemukan 5 ke 10 ekor lipas sehari di rumahnya. Semakin hari lipas-lipas tersebut bertambah agresif kerana jumlah mereka yang semakin bertambah. Bahkan, lipas-lipas ini sudah lebih berani dan tidak takut untuk berada dekat dengan manusia. Kadang-kadang, lipas ini akan cuba masuk kedalam seluar dan telinga ketika sedang tidur.


Kini, jiran-jiran puan Soh sudah boleh menarik nafas lega kerana jabatan kesihatan sudah datang menyelesaikan masalah tersebut. Menurut suaminya, puan Soh kini sudah dihantar menjalani pemeriksaan kesihatan mental.





No comments:

Post a Comment