Thursday 7 June 2018

10 SEBAB KENAPA KITA SERING SAKIT KEPALA


1. KEDUDUKAN BADAN
Aliran darah yang tidak normal boleh menyebabkan sakit kepala. Pastikan anda sering meregang tubah badan untuk memastikan aliran darah kita mengalir dengan  baik.


2. UBAT TAHAN SAKIT
Ubat tahan sakit adalah cara yang baik untuk melegakan sakit kepala, tetapi jika anda mengambilnya lebih dua atau tiga kali dalam seminggu, hal sebaliknya pula akan terjadi. Charity Migraine Action  sudah pernah memberi amaran berkenaan hal ini.


3. ANDA ADALAH SEORANG WANITA
Sekitar 60% wanita akan mengalami sakit kepala sepanjang tempoh haid dan 10% lagi mengalami migrain. Menurut penyelidikan dalam jurnal Neurologi, hal ini adalah disebabkan kadar estrogen yang menurun.


4. TEKANAN
Terdapat hubung kait antara tekanan dan berapa kerap anda mengalami sakit kepala. Menurut penyelidik dari University of Duisburg-Essen di Jerman, selalunya sehari selepas mengalami tekanan, sakit kepala akan datang kerana hormon kortisol yang meningkat semasa kita mengalami tekanan.


5. TIDAK MINUM AIR YANG CUKUP
Dehidrasi menyebabkan tisu otak kehilangan air sehingga ia mengecut dan mengecil jauh dari tengkorak. Keadaan ini akan menyebabkan sakit kepala.


6. BRAIN FREEZE
Brain Freeze ini selalunya terjadi ketika kita sedang makan aiskrim ataupun benda sejuk secara mendadak. Hal ini disebabkan oleh kesejukan yang dirasai di bahagian atas ruangan mulut dan bahagian belakang kerongkong. Kesejukan ini mengakibatkan perubahan aliran darah ke mulut buat sementara waktu sehingga menjejaskan sistem saraf dan menyebabkan sakit kepala yang singkat.


7. KOPI
Anda mungkin akan mengalami sakit kepala jika anda minum tiga cawan kopi setiap hari dan kemudiannya berhenti. Menurut penyelidikan AS, pemberhentian pengambilan kafein secara tiba-tiba akan mencetuskan perubahan di dalam aliran darah di otak sehingga menyebabkan sakit kepala.


8. GULA-GULA GETAH
Suatu kajian di Israel telah menjalankan penyelikan keatas beberapa individu yang sering sakit kepala yang mana hobi mereka merupakan mengunyah gula-gula getah. Ketika mereka berhenti mengunyah gula-gula getah selama sebulan, 86% mengatakan sakit kepala mereka tidak datang lagi.


9. TERLEBIH GARAM
Menurut kajian di Johns Hopkins University di Amerika Syarikat, individu yang mengonsumsi 4g garam dalam sehari akan mengalami 25% lebih sedikit kemungkinan mengalami sakit kepala berbanding mereka yang mengambil 8g sehari.


10. BUNYI BISING
Tidak semestinya bunyi yang membinggitkan dan berulang-ulang. Bunyi yang perlahan tetapi berterusan juga boleh menyebabkan sakit kepala. 


No comments:

Post a Comment