Bagaimanakah perasaan anda apabila menemukan sebuah kedai roti yang penuh dengan anggota badan manusia yang berlumuran darah? Sabar dahulu, jangan tergesa-gesa untuk menghubungi pihak polis.
Kittiwat Unarrom merupakan anak kepada tukang roti di Thailand. Roti berbentuk anggota badan manusia ini merupakan idea beliau. Untuk menghasilkan roti yang seakan-akan nyata, beliau sering menghabiskan waktu berjam-jam lamanya di muzium forensik untuk belajar rupa bentuk sebenar anggota badan manusia. Jangan khuatir, walaupun roti beliau kelihatan mengerikan, kelazatan roti ini diakui ramai.
Bagaimana? Ada yang berminat untuk mencuba?
No comments:
Post a Comment