Di India, para petani di daerah Chattisgarh mengunakan Coca-cola dan Pepsi sebagai racun serangga perosak. Hal ini adalah kerana air Cola dan Pepsi lebih murah berbanding racun serangga yang dijual di pasaran. Tambahan pula, ianya terbukti berkesan.
Syarikat besar Coca-Cola dan Pepsi menafikan bahawa produk mereka boleh digunakan sebagai racun serangga perosak. Namun demikian, para petani di daerah Durg, Rajnandgaon dan Dhamtari Chhattisgard pula berpendapat sebaliknya. Mereka sudah lama mengunakan air berkarbonat tersebut dan ianya terbukti berkesan mengawal seranggan serangga ke atas padi mereka.
Mengunakan Cola dan Pepsi sebagai bahan ganti racun menjimatkan perbelanjaan sebanyak 10 kali ganda. Malahan, padi tersebut juga lebih berkualiti kerana bebas dari sebarang pengunaan bahan beracun.
Pengunaan Cola dan Pepsi ini semakin meningkat di India kerana ianya terbukti berhasil. Bukan hanya digunakan untuk padi, para petani juga mulai mengunakannya keatas tanaman lain seperti sayur-sayuran.
Bagaimana dengan kita? Ingin mencuba?
No comments:
Post a Comment