Monday 30 April 2018

ZIONA CHANA LELAKI PALING BANYAK BINI DI DUNIA


Ziona Chana merupakan ayah kepada keluarga terbesar di dunia. Ziona mempunyai 39 orang isteri dan 94 orang anak. Keluarga Ziona menetap di sebuah perkampungan (Baktawng, Mizoram) di india yang berhampiran sempadan Myanmar dan Bangladesh.


Ziona tinggal bersama dengan kesemua bini dan anaknya di dalam sebuah rumah bertingkat 4. Rumah ini diberi nama Rumah Generasi Baru.


Ziona juga merupakan ketua kepada agama Kristian mazhab Chana Pawl yang membenarkan poligami. Mazhab ini diasaskan sendiri oleh ayahnya. Sebelumnya, mazhab Chana Pawl ini telah diusir keluar kerana dianggap terpesong dan berbahaya. Setakat ini, pengikut mazhab ini dipercayai sekitar 2000 orang. 

Pelik tapi benar? Dunia ini sememangnya penuh dengan cerita yang boleh membuat anda terpegun. Akan ada banyak kisah menarik lain yang akan bakal saya kongsikan.

(Mazhab Chana Pawl)

(Isteri-isteri Ziona)
 
 (Rumah Generasi Baru)

(Ziona Chana)

sumber (wikipedia)

No comments:

Post a Comment