Tuesday 17 April 2018

DATANG NAIK BAS, BALIK NAIK VIOS

(Puan Nashida binti Anjung)

Datang naik bas, balik naik VIOS. Mari kita kupas cerita pemenang bertuah kami yang berjaya membawa pulang sebuah kereta Toyota Vios.

Puan Nashida binti Anjung merupakan seorang suri rumah yang menetap di Lahad Datu Sabah. Dengan hanya berbekalkan doa dan harapan, beliau datang menaiki bas dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu semata-mata untuk mewakili ibunya yang telah menyertai cabutan tiket bertuah kempen AKUPUNYABAH.

(Puan Nashida bersama YBhg Datin Seri Panglima Norazlina Awang Had)

Penat lenguh perjalanan yang mengambil masa 5 jam itu akhirnya terbayar apabila beliau merupakan satu-satunya pemenang pada petang itu yang bakal membawa pulang sebuah kereta VIOS. Sebaik sahaja nama puan Nashida disebut sebagai pemenang, beliau menitiskan air mata tanda bersyukur kepada Tuhan dan perasaan terima kasihnya kepada kempen AKUPUNYABAH yang telah berjaya merealisasikan impiannya untuk memandu sebuah kereta milik sendiri.

Dimaklumkan, puan Nashida sebenarnya sudah lama memiliki lesen memandu meskipun tidak mempunyai kereta. Katanya, beliau menolak untuk membeli kereta kerena tidak ingin terbeban dengan bayaran bulanan. Beliau tidak lahir di dalam keluarga yang berkemampuan dan mewah. Sedangkan datang ke Kota Kinabalu juga hanya menaiki bas yang di rasakannya lebih menjimatkan.

( YBhg Datin Seri Panglima Norazlina Awang Had memberikan kunci kepada Puan Nashida)

Ternyata, berkat doa dan harapan telah menjadikannya wanita paling bertuah pada petang itu. Semoga puan Nashida terus dimurahkan rezeki dan sihat selalu. Terima kasih kerana telah menyertai kempen kami, kempen AKUPUNYABAH. 

(vendor-vendor kempen AKUPUNYABAH bersama puan Nashida dan Datin Seri Panglima Norazlina Awang Had) 

Semoga anda, pembaca dan mereka yang ada di luar sana turut dimurahkan rezeki dan mendapat kelimpahan berkat yang tidak berkesudahan.

Salam positif, jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment