Monday 16 April 2018

AWAS! PENYAKIT DARI KUCING BOLEH MENYEBABKAN KEGUGURAN BAYI


Kucing merupakan antara haiwan peliharaan yang menjadi pilihan kebanyakan keluarga di Malaysia. Tetapi tahukah anda penyakit Toxoplasmosis merupakan penyakit kucing yang boleh menjangkiti manusia sehingga menyebabkan keguguran bayi?

Penyakit ini berpunca daripada parasit Protozoa Toxoplasma Gondii. Parasit ini hanya menjangkiti hidupan berdarah panas termasuklah manusia. Kucing yang dijangkiti penyakit ini selalunya merupakan kucing-kucing terbiar yang tinggal di luar rumah. Kucing ini mungkin sahaja memakan tikus yang telah dijangkiti parasit ini dan seterusnya menjadi perumah kepada parasit tersebut.


Manusia yang tersentuh najis kucing yang telah terjangkiti dan tidak membersihkan tangannya dengan segera akan turut dijangkiti. Mereka yang memiliki antibodi yang kuat tidak akan mengalami apa-apa kesan melainkan hanya selesema biasa. Tetapi, bagi ibu yang mengandung, parasit ini akan menyebabkan bayi didalam kandungan mengalami kecacatan sebelum lahir ataupun keguguran.


Kajian di Indonesia mencatatkan, sebanyak 27.9% contoh darah manusia menunjukkan toksoplasmosis positif. Manakala haiwan hanya mencatatkan sebanyak 19.2%.

Jagalah haiwan peliharaan anda dengan betul. Pastikan persekitaran mereka terjaga dan bersih.

No comments:

Post a Comment