Sunday 22 April 2018

KOPI ATASI MASALAH GOUT


Satu kajian bebas telah melakukan kajian dan mendapati bahawa air kopi boleh mengurangkan risiko menghidap penyakit gout. Kajian di Nurses' Health Study telah membuat analisis keatas hampir 90,000 jururawat wanita selama 26 tahun dan mendapati  jururawat yang menjadikan kopi sebagai minuman harian mempunyai risiko yang sangat rendah menghidap penyakit gout.


Jururawat wanita yang minum 4 gelas kopi sehari mengurangkan risiko penyakit gout sebanyak 57 peratus. Manakala, mereka yang minum diantara 1 atau 3 gelas kopi sehari boleh mengurangkan risiko sakit gout sebanyak 22 peratus.


Jurnal Arthritis & Rheumatism pula pernah mengeluarkan keputusan kajian yang dijalankan keatas lelaki. Mereka mendapati, lelaki yang minum 4 ke 5 gelas kopi sehari boleh mengurangkan risiko penyakit gout sebanyak 40 peratus. Manakala, lelaki yang minum 6 gelas dan ke atas pula mengurangkan risiko sakit gout sebanyak 60 peratus.


Menurut Nurses' Health Study, kopi mempunyai kandungan antioksida yang mampu mengurangkan risiko sakit gout dengan mengurangkan insulin yang mana akan menurunkan kadar asid urik (kepekatan tinggi asid urik boleh menyebabkan gout).

No comments:

Post a Comment