Sunday 1 April 2018

4 TEORI ASAL USUL NAMA SABAH

Pada tahun 1365, negeri Sabah pernah dirujuk sebagai Seludang di dalam teks Jawa yang dikenali sebagai Nagarakretagama hasil tulisan Empu Prapanca. Jadi, bagaimanakah pula datangnya asal usul nama negeri Sabah ini? Terdapat 4 teori yang sering diketengahkan oleh penduduk tempatan.


1. Pisang Saba
Ramai berpendapat dan bersetuju bahawa asal nama negeri Sabah datangnya daripada nama sejenis pisang iaitu pisang Saba. Pada waktu itu, pisang ini terdapat banyak di sekitar pandai barat Sabah.


2. Hulu, sebelah utara sungai
Lokasi Sabah yang berhubung dengan Brunei dan sejarahnya dengan Kesultanan Brunei menimbulkan teori bahawa perkataan melayu Brunei "sabahialah" yang membawa maksud hulu ataupun sebelah utara sungai ini merupakan asal usul nama negeri Sabah.


3. Sabak
Satu lagi teori mengatakan bahawa ia datang dari perkataan "Sabak" yang bermaksud tempat di mana gula kabung diekstrak.



4. Matahari terbit
Sabah juga merupakan perkataan Arab yang bermaksud pagi.


Bagaimana menurut anda? Adakah anda juga bersetuju nama Sabah asalnya dari nama pisang?

No comments:

Post a Comment