Wednesday 2 May 2018

POKOK BERBUAH LEBAT KERANA MAKAN NASI


Masalah pokok tidak berbuah setelah bertahun-tahun? Mungkin saja penduduk kampung Dong di China ada jalan penyelesaian untuk anda.


Di China, sebuah perkampungan yang diberi nama kampung Dong mempunyai upacara yang unik untuk menjadikan tanaman mereka berbuah lebat. Setiap tahun, penduduk tempatan di sana akan memberi makan nasi kepada tanaman mereka pada setiap musim bunga. Mereka percaya, pokok yang diberi makan nasi akan menghasilkan buah yang banyak.


Tradisi ini sudah dilakukan sejak ratusan tahun yang lalu lagi. Bukan sahaja berbuah lebat, mereka yang memberi makan kepada pokok tersebut juga dipercayai akan lebih bertuah.


So, ada yang ingin mencuba? Mungkin sahaja terdapat khasiat dari nasi yang berfungsi sebagai pengalak buah tetapi masih belum di kaji oleh para penyelidik.


No comments:

Post a Comment