Monday 30 April 2018

ZIONA CHANA LELAKI PALING BANYAK BINI DI DUNIA


Ziona Chana merupakan ayah kepada keluarga terbesar di dunia. Ziona mempunyai 39 orang isteri dan 94 orang anak. Keluarga Ziona menetap di sebuah perkampungan (Baktawng, Mizoram) di india yang berhampiran sempadan Myanmar dan Bangladesh.


Ziona tinggal bersama dengan kesemua bini dan anaknya di dalam sebuah rumah bertingkat 4. Rumah ini diberi nama Rumah Generasi Baru.


Ziona juga merupakan ketua kepada agama Kristian mazhab Chana Pawl yang membenarkan poligami. Mazhab ini diasaskan sendiri oleh ayahnya. Sebelumnya, mazhab Chana Pawl ini telah diusir keluar kerana dianggap terpesong dan berbahaya. Setakat ini, pengikut mazhab ini dipercayai sekitar 2000 orang. 

Pelik tapi benar? Dunia ini sememangnya penuh dengan cerita yang boleh membuat anda terpegun. Akan ada banyak kisah menarik lain yang akan bakal saya kongsikan.

(Mazhab Chana Pawl)

(Isteri-isteri Ziona)
 
 (Rumah Generasi Baru)

(Ziona Chana)

sumber (wikipedia)

Friday 27 April 2018

BUNGA KERTAS RENDAH DAN BERWARNA WARNI, INI RAHSIANYA


Tertarik dengan tanaman hiasan bunga kertas yang berwarna warni? Ini caranya.


 (Kaedah teknik sambungan)

Untuk mendapatkan ketinggian pokok bunga kertas yang rendah, kerat batang pokok bunga kertas tersebut mengikut ketinggian yang anda inginkan. Seterusnya, ambil batang atau cabang-cabang hujung bunga tersebut kemudian lakukan kaedah penyambungan seperti di dalam gambar. Batang-batang baru tersebut boleh di ambil daripada batang pokok bunga kertas yang lain. Contohnya, batang pokok asalnya berwarna putih tetapi batang sambungan adalah daripada warna-warna yang lain.

(Kaedah teknik pengawinan)

Ini pula adalah teknik pengawinan. Tunas bunga kertas bole dikahwinkan dengan bunga kertas yang lain. Tenkik ini membolehkan anda mempunyai, pelbagai jenis warna bunga pada satu batang.

Untuk kaedah lain, boleh rujuk sini (PDF FILE)



Tuesday 24 April 2018

AWAS KESAN UBAT GEGAT


Racun serangga dalam bentuk biji terutamanya ubat gegat mengandungi bahan kimia naftalin dan paradiklorobenzin. Bahan kimia ini juga terdapat dalam pewangi tandas (toilet bowl deodorizers). Kedua-dua bahan kimia tersebut mengeluarkan bau yang kuat dan susah untuk menghilangkannya. Sekarang naftalin kurang digunakan dan digantikan dengan aradiklorobenzin yang lebih rendah kesan toksiknya. Kedua-dua bahan kimia ini boleh menyebabkan kegagalan sistem penghadaman dan sistem saraf pusat. Bagi pesakit yang mengalami kekurangan enzim glukos-6-fosfat dihidrogenase, naftalin boleh menyebabkan hemolisis (gangguan sel darah).

(Ubat gegat)

Setiap ubat gegat mengandungi 250-500mg naftalin dan boleh menyebabkan hemolisis. Sawan atau gelugut boleh berlaku jika termakan 1-2g naftalin 4-8 biji ubat gegat). Secara perbandingan paradiklorobenzin kurang toksik daripada naftalin. Walau bagaimanapun jika termakan lebih daripada 20g boleh menyebabkan toksik bagi dewasa. Paras keracunan paradiklorobenzin ialah di antara 500-5000mg/kg. Ada laporan mengatakan bahawa keracunan serius yang terjadi pada haiwan menyebabkan tremor dan nekrosis hati. Biasanya apabila keracunan ini berlaku kita boleh mengetahui daripada kesan bau ubat gegat tersebut pada mulut dan muntah mangsa. Walau bagaimanapun sukar untuk kita bezakan antara naftalin dan para klorobenzin dari segi bau dan warna.

(Keracunan yang serius boleh terjadi keatas haiwan peliharaan)

Apabila berlaku keracunan melalui mulut, muntah haruslah diikhtiarkan. Misalnya dengan memasukkan jari ke dalam kerongkong. Jika tidak dilakukan bawa pesakit segera ke hospital agar rawatan perubatan selanjutnya dapat diberikan.

Kedua-dua bahan kimia tersebut jika terkena atau tersentuh pada mata boleh menyebabkan radang dan kemerahan mata. Naftalin boleh mencederakan kornea dan penglihatan menjadi kabur. Rawatan awal ialah dengan mencuci mata dengan air bersih selama 15 minit. Jika radang berlanjutan dan masih sakit, harus segera berjumpa doktor bagi rawatan seterusnya.

Sentuhan pada kulit boleh menyebabkan melecur, tetapi gejala ini jarang berlaku. Basuh dengan air yang banyak bersama cucian sabun sekiranya terkena pada kulit.

(Ubat gegat yang hampir serupa dengan gula-gula)

Kini di pasaran terdapat ubat gegat dalam pelbagai bentuk dan warna dan dianggap sebagai gula-gula oleh sebahagian kanak-kanak tanpa mengetahui itu adalah racun. Oleh itu, ibu bapa hendaklah berhati-hati ketika menggunakannya. Dan tempatkan di tempat yang terselindung dan tidak mudah dilihat atau dijumpai oleh kanak-kanak.

Monday 23 April 2018

LAGU BERHANTU YANG MENYEBABKAN PENDENGAR MEMBUNUH DIRI


Tidak dinafikan, lagu boleh mengubah emosi dan sudut pandang para pendengar. Tetapi, mampukan lagu mendorong seseorang untuk bertindak membunuh diri?

Gloomy Sunday merupakan sebuah lagu yang diciptakan pada tahun 1932 oleh Rezso Seress di dalam bahasa Hungary. Lagu ini dikaitkan dengan ratusan kejadian kes bunuh diri. Kesan lagu ini sangat mendalam sehinggakan BBC terpaksa melarang penyiaran lagu ini sehinggalah pada tahun 2002.

(Rezso Seress)

Rezso Seress mencipta lagu ini setelah tunangnya memutuskan pertunangan mereka. Perasaan sedih yang sangat mendalam akhirnya menjadi inspirasi untuk beliau menulis lagu "berhantu" tersebut. Tidak lama setelah lagu ini disiarkan, Rezso Seress telah mengambil keputusan untuk membunuh diri ekoran tekanan perasaan yang ia alami.

(Batu nisan Rezso Seress)

Selama lagu Gloomy Sunday disiarkan, kejadian bunuh diri meningkat. Sesetengah mereka turut meninggalkan cebisan nota yang tertulis rangkap lagu Gloomy Sunday. Bahkan, ada yang bertindak menembak diri sendiri ketika lagu tersebut dimainkan di pentas.

(Nota lagu asal Gloomy sunday)

Benarkah lagu ini menjadi punca utama mereka membunuh diri? Berikut merupakan rangkap lagu Gloomy Sunday yang mungkin menjadi penyebab utama pendengar terdorong untuk membunuh diri.

Ahad yang suram,
berteman bayang-bayang (kesedihan)
aku menjalaninya
Hatiku dan aku mengambil keputusan
untuk menghentikan segalanya

Sebentar nanti
aku tahu disana akan ada lilin-lilin
dan doa-doa yang penuh kesedihan
Jangan biarkan mereka berduka,
biar mereka tahu
bahawa aku bangga untuk pergi

(Gloomy Sunday versi English)

Jika lagu boleh mengubah emosi dan sikap kita, apa kata kalau kita lebihkan mendengar lagu-lagu yang boleh memberi inspirasi positif.

Sunday 22 April 2018

KOPI ATASI MASALAH GOUT


Satu kajian bebas telah melakukan kajian dan mendapati bahawa air kopi boleh mengurangkan risiko menghidap penyakit gout. Kajian di Nurses' Health Study telah membuat analisis keatas hampir 90,000 jururawat wanita selama 26 tahun dan mendapati  jururawat yang menjadikan kopi sebagai minuman harian mempunyai risiko yang sangat rendah menghidap penyakit gout.


Jururawat wanita yang minum 4 gelas kopi sehari mengurangkan risiko penyakit gout sebanyak 57 peratus. Manakala, mereka yang minum diantara 1 atau 3 gelas kopi sehari boleh mengurangkan risiko sakit gout sebanyak 22 peratus.


Jurnal Arthritis & Rheumatism pula pernah mengeluarkan keputusan kajian yang dijalankan keatas lelaki. Mereka mendapati, lelaki yang minum 4 ke 5 gelas kopi sehari boleh mengurangkan risiko penyakit gout sebanyak 40 peratus. Manakala, lelaki yang minum 6 gelas dan ke atas pula mengurangkan risiko sakit gout sebanyak 60 peratus.


Menurut Nurses' Health Study, kopi mempunyai kandungan antioksida yang mampu mengurangkan risiko sakit gout dengan mengurangkan insulin yang mana akan menurunkan kadar asid urik (kepekatan tinggi asid urik boleh menyebabkan gout).

Friday 20 April 2018

10 KEK YANG PALING SUKAR DIMAKAN

Jika kamu terdesak, kek nombor berapa yang kamu akan pilih untuk makan? Ayuh pilih..

1. kek mangkuk tandas bernajis

2. kek najis berkumbang

3. kek perut dibedah

4. kek tikus mati

5. kek bayi

6. kek @#$#!#

7. kek merpati dipancung

8. kek lipas gergasi

9. kek najis belalat

10. kek puntung rokok

Tengok pun sudah buat kita jijik. Apa lagi kalau makan? Tapi harus ingat, apa yang kita rasa jijik, mungkin elok dengan orang lain. 

Tuesday 17 April 2018

DATANG NAIK BAS, BALIK NAIK VIOS

(Puan Nashida binti Anjung)

Datang naik bas, balik naik VIOS. Mari kita kupas cerita pemenang bertuah kami yang berjaya membawa pulang sebuah kereta Toyota Vios.

Puan Nashida binti Anjung merupakan seorang suri rumah yang menetap di Lahad Datu Sabah. Dengan hanya berbekalkan doa dan harapan, beliau datang menaiki bas dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu semata-mata untuk mewakili ibunya yang telah menyertai cabutan tiket bertuah kempen AKUPUNYABAH.

(Puan Nashida bersama YBhg Datin Seri Panglima Norazlina Awang Had)

Penat lenguh perjalanan yang mengambil masa 5 jam itu akhirnya terbayar apabila beliau merupakan satu-satunya pemenang pada petang itu yang bakal membawa pulang sebuah kereta VIOS. Sebaik sahaja nama puan Nashida disebut sebagai pemenang, beliau menitiskan air mata tanda bersyukur kepada Tuhan dan perasaan terima kasihnya kepada kempen AKUPUNYABAH yang telah berjaya merealisasikan impiannya untuk memandu sebuah kereta milik sendiri.

Dimaklumkan, puan Nashida sebenarnya sudah lama memiliki lesen memandu meskipun tidak mempunyai kereta. Katanya, beliau menolak untuk membeli kereta kerena tidak ingin terbeban dengan bayaran bulanan. Beliau tidak lahir di dalam keluarga yang berkemampuan dan mewah. Sedangkan datang ke Kota Kinabalu juga hanya menaiki bas yang di rasakannya lebih menjimatkan.

( YBhg Datin Seri Panglima Norazlina Awang Had memberikan kunci kepada Puan Nashida)

Ternyata, berkat doa dan harapan telah menjadikannya wanita paling bertuah pada petang itu. Semoga puan Nashida terus dimurahkan rezeki dan sihat selalu. Terima kasih kerana telah menyertai kempen kami, kempen AKUPUNYABAH. 

(vendor-vendor kempen AKUPUNYABAH bersama puan Nashida dan Datin Seri Panglima Norazlina Awang Had) 

Semoga anda, pembaca dan mereka yang ada di luar sana turut dimurahkan rezeki dan mendapat kelimpahan berkat yang tidak berkesudahan.

Salam positif, jumpa lagi.

Monday 16 April 2018

AWAS! PENYAKIT DARI KUCING BOLEH MENYEBABKAN KEGUGURAN BAYI


Kucing merupakan antara haiwan peliharaan yang menjadi pilihan kebanyakan keluarga di Malaysia. Tetapi tahukah anda penyakit Toxoplasmosis merupakan penyakit kucing yang boleh menjangkiti manusia sehingga menyebabkan keguguran bayi?

Penyakit ini berpunca daripada parasit Protozoa Toxoplasma Gondii. Parasit ini hanya menjangkiti hidupan berdarah panas termasuklah manusia. Kucing yang dijangkiti penyakit ini selalunya merupakan kucing-kucing terbiar yang tinggal di luar rumah. Kucing ini mungkin sahaja memakan tikus yang telah dijangkiti parasit ini dan seterusnya menjadi perumah kepada parasit tersebut.


Manusia yang tersentuh najis kucing yang telah terjangkiti dan tidak membersihkan tangannya dengan segera akan turut dijangkiti. Mereka yang memiliki antibodi yang kuat tidak akan mengalami apa-apa kesan melainkan hanya selesema biasa. Tetapi, bagi ibu yang mengandung, parasit ini akan menyebabkan bayi didalam kandungan mengalami kecacatan sebelum lahir ataupun keguguran.


Kajian di Indonesia mencatatkan, sebanyak 27.9% contoh darah manusia menunjukkan toksoplasmosis positif. Manakala haiwan hanya mencatatkan sebanyak 19.2%.

Jagalah haiwan peliharaan anda dengan betul. Pastikan persekitaran mereka terjaga dan bersih.

Sunday 15 April 2018

KISAH SEORANG LELAKI TUA DAN TAPAK SULAIMAN


Untuk mengelak dari kegagalan, belajarlah dari kejayaan orang lain.

Suatu hari, seorang lelaki tua berjalan di tepian pantai. Dia melihat ombak-ombak pagi itu menghempas pantai tanpa rasa jemu. Setiap kali ombak kembali ke laut, ia meninggalkan ratusan tapak sulaiman yang masih kecil.

Hati lelaki tua itu terjentik. Jika ia meninggalkan tapak sulaiman itu terdampar di tepi pantai, sudah pasti mereka akan mati terkena pancaran cahaya matahari pagi. Dia pun mengambil langkah perlahan-lahan dan mengutip tapak sulaiman tersebut. Dengan tekun ia membaling tapak sulaiman itu kembali kelaut. Dia melakukannya berulang kali sehinggalah seorang lelaki muda datang menghampiri dan berkata, "Apa yang cuba kamu lakukan? Di sini ada ratusan tapak sulaiman. Berapa banyak yang akan kamu mampu bantu? Apakah perbezaan yang kamu mampu buat?" Lelaki tua itu tidak segera menjawab, dia mengambil selangkah lagi dan mengutip seekor tapak sulaiman lalu berkata, "Apa yang saya lakukan ini mungkin tidak mampu mengubah segalanya. Tetapi, ianya mempu memberi perubahan kepada yang satu ini."


Seberapa besarkah perubahan yang mampu kita lakukan? Besar atau kecil? Ianya tidak penting. Jika kita masing-masing melakukan perubahan yang kecil, akhirnya kita akan mampu menghasilkan perubahan yang besar.

Saya pernah mendengar seorang lelaki yang berkata dia tidak akan balik mengundi. Katanya, undinya hanya sekeping dan tidak akan mengubah apa-apa. Mungkin dia tidak tahu, pada tahun 2004 iaitu PRU yang ke 13, calon dari parti PAS yang bertanding menentang calon parti BN telah memenangi kawasan DUN Kemuning Kelantan dengan hanya majoriti tipis iaitu dua undi sahaja. (PAS 6,078 undi, BN 6,076 undi). Bayangkan jika pada waktu itu, 3 orang pengundi PAS enggan datang mengundi.

Post ini tidak mempunyai tujuan politik. Hanya sekadar contoh dan cerita inspirasi untuk kita semua. Jangan hanya mengejar perkara-perkara yang besar sehingga mengabaikan perkara-perkara kecil. Mungkin saja, perkara-perkara kecil itu adalah batu loncatan untuk kita mencapai perkara-perkara yang besar.


Salam positif. Semoga anda semua mencapai kejayaan di dalam setiap perkara. Jumpa lagi!

Wednesday 11 April 2018

ORANG SABAH KENAPA KAU CANTIK-CANTIK?

(Perempuan Sabah dengan pakaian tradisi)

Bagi anda, apakah takrifan cantik untuk seorang perempuan? Cantik itu subjektif. Di suatu kawasan di benua afrika, perempuan yang gemuk merupakan perempuan yang paling cantik. Setiap manusia mempunyai takrifan cantiknya yang tersendiri. Secara puratanya, ramai yang berpendapat bahawa kecantikan perempuan itu berdasarkan sifat fizikal. Contohnya berbadan langsing, berhidung mancung dan tinggi.

Dalam penyelidikan Stigma Research, kecantikan itu dibahagikan kepada tiga iaitu, kejelitaan, kebijaksanaan, dan perilaku. Kejelitaan merujuk kepada sifat fizikal, kebijaksanaan merujuk kepada tahap intelektual dan perilaku pula merujuk kepada sifat keperibadian, tingkah laku dan perangai. Daripada 1200 orang peserta, seramai 40% mendefinisikan kecantikan itu berdasarkan sifat fizikal. Manakala hanya 6.1% mengatakan perempuan yang cantik itu berdasarkan tahap intelektual.

(Tracie Sinodol dari Sabah dikatakan mirip artis dari China Angela Baby)

Bagaimana pula dengan perempuan Sabah yang cantik-cantik? Hal ini tidak dinafikan kerana ada yang memasukkan posting ini di dalam ruangan forum sosial iaitu lowyat.net. Rata-rata bersetuju bahawa perempuan dari Sabah sememangnya cantik-cantik. Mereka menakrifkan perempuan Sabah cantik kerana berkulit putih, berdahi luas, ramah dan murah senyuman.

Ada yang bergurau bahawa sememangnya perempuan Sabah sangat cantik sebab itulah berian perkahwinan mereka mencecah ribuan ringgit. Malahan, di Sabah katanya ada berian sampai mati. Selain itu, ada pula berkata berian mengikut tiang rumah. Satu tiang satu ribu. Wah... bagaimana kalau perempuan itu tinggal di rumah panjang?

(Phantegrow Louiselle Leo Estrop dari Sabah mirip Selena Gomez)

Mengikut teori lain pula, mereka berpendapat, perempuan Sabah cantik-cantik kerana hasil daripada kacukan genetik. Bayangkan sahaja, bangsa asli di Sabah terdiri daripada lebih 30 kumpulan. Ini tidak termasuk bangsa asing yang telah memasuki Sabah dan berkahwin dengan orang tempatan. Saya sendiri mempunyai kenalan yang mempunyai kacukan lebih daripada 4 bangsa. 

Ada orang mengatakan, perempuan Sabah kalau tinggi dia cantik, kalau rendah dia comel, kalau langsing dia menarik, kalau gemuk dia montel. hehe

Jumpa lagi di posting seterusnya.. salam positif.

Tuesday 10 April 2018

SENARAI NAMA-NAMA SHORT LISTED YANG TERCALON


Berikut adalah jumlah nama-nama yang tercalon dalam short listed adalah sebanyak 128 orang.
Diminta kepada penama-penama ini untuk hadir pada 14 April 2018 bertempat di 1-Borneo Hypermall pada jam 11am hingga 6pm. Kegagalan anda untuk hadir akan menyebabkan anda tidak berpeluang untuk mengikuti peraduan untuk berpeluang menang hadiah utama daripada AKUPUNYABAH iaitu TOYOTA VIOS dan juga hadiah2x yang lain.

Senarai nama-nama:
1. ARBAH TUIN
• 21397
• 21460
• 21381
2. MUHD RAHMAT SABATAR
• 21466
3. ROZENI BINTI JIMMY
• 22423
4. DELLIA FAIZA
• 22644
5. AISAH RUSMAN
• 22229
6. SITI NURRAMIZAH MOHMADALI
• 22794
7. SUSAN LIM SOOK SANG
• 15583
8. SURAYATI PAULUS
• 15639
9. CHRISTINA LOBINJANG
• 15540
10. HASLINAH BINTI BAKRI
• 15559
11. RAHIMAH BINTI AHMAD
• 14201
12. PN. HJH MARIAM
• 17579
13. PG MPHD SHARIF PG TINGGAL
• 17601
14. RUSIAN KADIR
• 17424
15. MOHAMAD IZUDIN B. YUSSUF
• 05779
16. KATHY LILY WONG
• 05734
17. ADIB BIN ASSIM
• 05764
18. RABIANTO BIN MUHTAR
• 05071
19. MALBIA BT LADJAGUNI
• 370692
20. RAMNI AWANG
• 30209
21. MUHAMMAD MUKHYIDDIN ZULKIFLI
• 29057
22. DENCY BINTI GOH KIM TECK
• 37879
• 29815
23. SHANTY
• 31894
24. KEKENG ABSARI
• 49994
25. NORLELAH BINTI ACO
• 30251
26. CHRISTY CYRINUS
• 12836
27. ROZITA BINTI MAT DAHAN
•12501
28. LOURRENA PUNDEY
• 36286
29. MUSDARIAH MARUP
• 12075
30. NOORJEHAN BTE ABDULLAH
• 26080
31. DG NURRIPA AG OSMAN
• 26118
32. NURBAYA BTE KANJE
• 26937
33. ADSMAN MUHAMMAD
• 26683
34. NOORJAIMAH BT GLORY @ AL SAMIT
• 04058
35. SAMSUL AKBAR
• 04601
36. NORHIDAYAH
• 04773
37. ZANARIAH MARISHA
• 04560
38. TEO TIONG LEONVI
• 03564
39. HO SZE MOON
• 03265
40. JOHNIN TAIMIN
• 03235
41. AZMAN BAHAROM
• 03271
42. JERRI LING CHIU YUA
• 03296
43. YUSNANI SURATMAN
• 46123
44. NURUL JASHEILA JASNI
• 28061
45. SITI NURAQILA JANIL
• 46542
46. SHAWN MIAKIM
• 35635
47. FITRAH DANAYANTI BINTI JAMALUDIN
• 27705
48. NADIRA SANDHU
• 46115
49. MALTY JUANIN
• 34969
50. DONALD REX AJINIAP
• 28436
51. NURHAIDA IBRAHIM
• 45618
52. AZWEE LEE
• 45958
53. DG. NORFAZIDAH ADRAH
• 28220
54. HAFIZ M. LOFO
• 46616
55. FAZARINAH BT MD ZAIN
• 28028
56. PUTERI NABILA NUR HIJRAH
• 45223
57. ROHANI BINTI TIGA @ LEE AH SAM
• 34468
58. EDWIN EDWARD
• 46102
59. JOEY ERIKSEN
• 46033
60. AINA AMIRA NAWAWI
• 35591
61. FLONESSIA ANTHONY
• 45770
62. JUSITN MASRIN
• 43612
63. JAMALUDIN BIN HJ AG ANUAR
• 43470
64. NASHRAWATI A. KARIM
• 42344
65. MOHD HAZIMI SIDIK
• 43974
66. RAJA AKMAL FITRI B. RAJA ADNAN
• 07591
67. HAYATI BT. AWANG AZIE
• 43337
68. KHAIRUL EFFENDY ABDUL HALIM
• 25132
69. NURAH SAMIH
• 07635
70. FELICIA BINTI BINSON
• 42128
71. HJ FAUZIE HJ. JAMLEE
• 07308
72. NOORHATINI RAHIMI
• 07241
73. MOHD SYUKRI MOHD DIN
• 42102
74. DK. RAFIDAH TUSIN
• 07324
75. IDRIS [600718-12-5793]
- 0168282110
• 42704
76. JUBAIDAH DULLAH
• 16556
77. DG. AFSAH TIMBANG
• 16330
78. MUHAMMAD AL-AMIN
• 25836
79. MOHAMAD KHALID
• 44256
80. RAKLUDDIN AMRAN
• 42767
81. ASRIN GILI
• 16311
82. SITI SALMAH
• 16338
83. NORZIAH ISMAIL
• 23918
84. NORIDAH MAT KASSIM
• 23922
85. NORAMIRA AZMI
• 23420
86. GHAZALI BIN SAPILI
• 20831
87. APISAH MAHAMUDIN
• 20360
88. OSMAN HUSUP
• 20384
89. NORMALAH BINTI YUSOFF
• 20474
90. JOHNY SIKING
• 20530
91. ROSCY SLAMAT
• 13094
92. SITI FATIMAH BINTI BURHANUDDIN
• 13142
93. ARABARAHIM ABD LAIM
• 08092
• 08091
94. HAMIDAH BINTI ABU HASSAN
• 10031
95. SAFARIAH BINTI MOHD AYOP
• 10686
• 10695
96. OLIVI FORMENTERA
• 10935
97. HJH.NOREDA
• 00760
98. IBRAHIM MUSARAN BIN SHARIE MUSAI
•00954
99. HASMAWATI MOHAMAD TAUFIK
• 06943
100. MOHAMMAD SYAFIQ BIN IBRAHIM
• 00598
101. NURAINI BTE RENRENG
• 00911
102. RATNAWATI BAHRI
• 41010
• 01347
103. BURHANA BINTI HASSA
• 41158
104. AMINAH BINTI ARMAN
• 01509
105. MOHD FAIZAL NOR
• 27470
• 27948
• 27361
106. MOHAMAD SHAFIQ IKHWAN
• 27676
107. AMBROSE TUZAN
• 18877
108. AEFFAZIRAH BINTI JAIPIN
• 18801
109. ARLYNDAWATIE ABD. KARIM
• 18936
110. NAZURAH BTE SAMUIEN
• 18984
111. JUSTIN SOPOYUT
• 02355
112. AIVE BT WONG AH PING
• 02270
113. TERRENGE FREDOLINE
• 02143
114. CHEN THENLI @ DANNY APONG
• 02125
115. NELSON
• 05759
116. ANGELINE A. SITIOL
• 15409
117. NORHAYATI
• 13702
• 13416
118. MOHD ZAZWARI
• 09896
119. DG RAFEZAH
• 20240
120. AZMAN BIN HASSAN
• 09677
121. SUILLEW MANUEL
• 24095
122. FAZRIZAH BT CHE ABD RAHIM
• 24541
123. AFIFIDDIN BIN BAHARUDDIN
• 24073
124. MYRA BINTI LATIP
• 24437
125. HAJAH SANAWIAH
• 06601
126. HJH FAUZIA
• 06540
127. NOOR ADILAH MOHD FARID
• 06051

128. SUNARTI SULAIMAN
• 11908
Tahniah kami ucapkan daripada Team Akupunyabah kepada 128 orang yang tercalon. Semoga semuanya dapat hadir untuk memeriahkan lagi event Akupunyabah yang terakhir.

MENJADI KAYA KERANA TERJUMPA KOMIK DISEBALIK DINDING


Rezeki seorang ayah kepada empat orang anak datang tanpa disangka. David Gonzalez telah membeli sebuah rumah usang yang telah pun berusia lebih 70 tahun dengan nilai 10,000 USD. Tanpa disangka, ketika hendak mengubah suai rumah tersebut, dia menemukan komik Action Comics jilid pertama. 

Pada mulanya, dia tidak menyangka komik tersebut bernilai tersangat tinggi. Ketika dia menghantar komiknya untuk dibida, dia sangat terkejut kerana komik tersebut dibeli dengan nilai 175,000 USD. Malah 10 kali ganda lebih mahal berbanding rumah yang telah ia beli.


Komik tersebut diberi gred 1.5 daripada 10 kerana kulit belakang komik tersebut telah terkoyak ketika anak buahnya berebut komik tersebut. Bayangkan jika komik tersebut tidak mempunyai cela, harganya boleh mencecah jutaan dollar. Sebelumnya, salinan komik yang sama dengan nilai gred 9.0 telah dijual setinggi 2.16 juta USD.


Rezeki ayam nampak di kaki, rezeki manusia siapa yang tahu?