Mata seekor lalat terdiri daripada 4000 lensa. Mata lalat mampu melihat polarisasi dan spektrum warna yang tidak dapat dilihat oleh manusia. Walaupun lalat mampu melihat kawasan yang lebih luas berbanding manusia, lalat tidak mempunyai kebolehan untuk memfokus seperti mata manusia yang mana retina mata manusia boleh berubah-ubah memgikut keadaan. Hal ini menyebabkan lalat sukar untuk melihat cahaya yang berkilau.
Lalat adalah serangga yang mempunyai tindak balas yang paling cepat kerana kebolehan mereka untuk memproses maklumat 5 kali ganda lebih laju dari manusia. Tambahan pula, lalat mampu melihat pada jarak yang lebih luas dan jauh. Kebolehan ini, membolehkan mereka untuk mengelak daripada serangan pemangsa.
No comments:
Post a Comment