Saturday 27 April 2019

3 CARA MENGHASILKAN DUIT SECARA ONLINE


Mempunyai cara untuk menghasilkan duit tambahan secara sampingan selain daripada pendapatan utama adalah sangat penting. Lebih-lebih lagi, ekonomi negara kita yang tidak menentu. Bayangkan sahaja, rumah dan tanah semakin hari semakin mahal.

Manalah tahu, pendapatan sampingan secara online ini lebih tinggi berbanding pendapatan utama anda sekarang.

Suka saya berkongsi cara menghasilkan duit di alam maya ini kerana tidak memerlukan kos dan belanja yang tinggi. Cukup sekadar anda menpunyai tekad dan sedikit pengetahuan mengunakan komputer.

CARA PERTAMA : AFFILIATE MARKETER

Cara ini menjanjikan hasil yang lumayan. Anda hanya perlu menjadi medium pengiklanan untuk syarikat jualan. Sesetengah syarikat memberikan komisen setinggi 30 hingga 50%. Lumayankan?


Syaratnya, anda hanya perlu mempunyai blog yang mempunyai traffik (pengunjung blog) yang tinggi. Jika pengunjung blog anda membeli melalui link yang anda berikan, anda akan mendapat komisen daripada jualan barang berkenaan.

Sebagai contoh, syarikat e-commerce Lazada juga menyediakan peluang untuk anda menjadi Affiliate marketer mereka. Bayangkan jika kenalan dan ahli keluarga kita membeli melalui link affiliate kita, kita akan mendapat komisen. Harga barang tetap sama dari yang asal, bezanya hanya kita mendapat komisen.

CARA KEDUA : ADSENSE PUBLISHER

Cara ini suda menjadi medium utama para blogger dan you-tuber mendapatkan wang tambahan. Bahkan, ada yang mencapai jutaan ringgit sebulan!


Anda hanya perlu mempunyai blog, website ataupun channel youtube yang mempunyai pengunjung yang ramai. Daftarkan blog anda dengan Adsende dan mereka akan membantu anda untuk meletakkan iklan di channel anda. Jika iklan-iklan ini ditekan oleh pengunjung channel anda, anda akan mendapat wang ganjaran.

Untuk menghasilkan blog yang diminati ramai, selalunya akan mengambil sehingga berbulan-bulan. Tetapi jangan berputus asa kerana, jika blog anda berhasil, anda suda boleh menghasilkan pendapatan pasif setiap bulan.

CARA KETIGA : DROPSHIP, AGEN DAN STOKIS

Jika anda aktif media sosial ataupun mahir mengunakan Facebook ataupun instagram, anda sudah cukup berkebolehan untuk menjadi Dropship, agen ataupun stokis.


Dropship tidak memerlukan anda mengeluarkan uang untuk membeli produk. Anda hanya perlu menjadi orang tengah sebagai penjual. Serupa dengan kaedah Affiliate tadi, anda akan mendapat komisyen daripada setiap jualan. Kadang kala, ada syarikat yang menjanjikan komisyen setinggi 5 hingga 10%.

Agen dan stokis pula memerlukan anda untuk membeli produk berkenaan dan menjualnya semula untuk mendapat keuntungan. Bezanya, agen dan stokis mampu mendapatkan produk tersebut dengan harga yang rendah dan berpatutan. Bahkan ada syarikat yang menawarkan potongan harga sehingga 50% daripada harga pasaran. Lumayankan.

Jika anda berminat menjadi agen dan stokis, anda boleh mencuba dengan syarikat kami. Kami ada menawarkan posisi stokis dan agen tetapi dengan jumlah yang terhad untuk setiap daerah. Jangan lepaskan peluang. Boleh terus hubunggi saya : Elizabeth 016-8348605



Friday 26 April 2019

5 TANDA ANDA AKAN BERUMUR PANJANG

Para penyelidik mendapati, genetik hanya memainkan peranan sebanyak 25 ke 30 peratus kepada jangka hayat seseorang. Manakala 70 peratus pula adalah dari segi faktor luaran dan cara hidup. Berikut merupakan persamaan yang didapati daripada mereka yang berumur panjang.

1. BERJALAN PANTAS


Mereka yang cenderung untuk berjalan pantas sewaktu muda merupakan mereka yang berpotensi untuk hidup lebih lama. 

2. RAMAI KAWAN


Kebanyakan mereka yang berumur panjang merupakan mereka yang mempunyai ramai kawan dan kenalan. Mereka yang berumur panjang selalunya mempunyai keluarga, kawan dan kawasan kejiranan yang ramah.

3. TIDUR SEKEJAP


Tidur sekejap untuk 30 hingga 60 minit selepas makan tengah hari ataupun waktu petang sinonim dengan mereka yang berumur panjang. Di Jepun, mereka yang mengamalkan tidur sekejap ini selalunya mempunyai umur yang panjang.

4. KERAS KEPALA


Sebuah perkampungan yang bernama Cilento di selatan Italy mempunyai ramai penduduk yang berumur panjang. Peliknya, mereka ini tidak mengamalkan cara hidup yang aktif dan pemakanan yang sihat. Satu-satunya persamaan yang ada pada mereka ialah kedegilan. Mereka ini terkenal dengan sikap degil dan keras kepala. 

5. MANUSIA OPTIMIS


Ini merupakan ciri-ciri yang kebanyakannya ada pada mereka yang berumur lebih 100 tahun keatas. Mereka merupakan individu yang sering berfikiran positif. 

Bagaimana? Anda ada 5 ciri-ciri diatas? Anda pasti akan berumur lebih 100 tahun. Salam positif.

Thursday 25 April 2019

HUJAN SEAFOOD, IKAN SOTONG UDANG JATUH DARI LANGIT


Hal ini benar-benar terjadi di negara China. Seluruh penduduk kota Qingdao di China dikejutkan dengan hujan seafood. Tetapi mereka tidak menganggap perkara tersebut sebagai berkat, tetapi sebaliknya kutukan.


Bayangkan sahaja apabila hujan, yang jatuh bukannya air tetapi sotong kurita. Keadaan sempat panik kerana kejadian tersebut berlaku ketika hujan badai dan ribut kencang.


Sebenarnya, hal tersebut bukanlah yang pertama kali terjadi di dunia. Hal ini juga pernah terjadi di negara lain. Pada mulanya, puting beliung yang melalui lautan akan menyedut hidupan laut ini naik keatas dan seterusnya angin kencang menolak hidupan laut yang naik keatas tadi ke kawasan darat.


Bagaimana saudara? kalau perkara ini terjadi di Malaysia, jangan panik. Sebaliknya sediakan baldi untuk mengutip seafood free yang jatuh dari langit.. hehehe


Wednesday 24 April 2019

AYAM BETINA BERTUKAR JADI JANTAN

Transgender ataupun penukaran jantina sudah dilakukan oleh manusia. Tetapi, kali ini ayam juga nampaknya tidak ingin ketinggalan. Hal ini disaksikan sendiri oleh pasangan asal British yang turut terkejut melihat perubahan keatas ayam betina mereka.


Awalnya ayam betina itu seperti ayam normal. Tetapi sejak beberapa minggu, ayam itu mulai berkokok seperti ayam jantan. Tidak lama kemudian, ayam itu pun mempunyai balung yang hanya dimiliki ayam jantan. Sekarang ayam itu sudah mempunyai bentuk fizikal dan ciri-ciri ayam jantan.


Sebenarnya, hal ini tidak asing di dalam bidang sains. Ayam betina sememangnya boleh merubah bentuk fizikalnya kepada ayam jantan apabila ia sudah tidak boleh bertelur lagi. Ayam betina mempunyai satu ovari yang mampu menghasilkan telur. Jika ovari tersebut sudah rosak, ayam betina akan semulajadinya berubah dengan ciri-ciri ayam jantan. 


Walaubagaimanapun, ayam betina yang telah berubah itu tidak mampu menghasilkan sperma untuk disenyawakan dengan ayam betina yang lain. Ia hanya mengalami perubahan fizikal tetapi bukan pada jantinanya. 



Saturday 13 April 2019

SEJAUH MANA BAHAYA LIPAS



Sesetengah orang sangat geli dan takut dengan lipas. Tetapi ada juga yang menjadikan lipas sebagai hidangan makan malam. Secara lahirnya, lipas tidaklah kotor dan berbahaya, kecuali apabila ia membiak dan membesar di kawasan persekitaran yang kotor sahaja.

Apabila lipas ini membesar di persekitran kotor, secara tidak langsung lipas akan menjadi perumah kepada beratus ribu bakteria. Hal ini menyebabkan lipas dikesan sebagai agen penyebar penyakit. Selain itu, lipas turut mencemarkan makanan, menyebabkan alahan dan juga asma.


Lipas membawa bakteria dan kuman pada kaki dan badan mereka semasa mereka melalui kawasan-kawasan kotor dan seterusnya memindahkan bakteria dan kuman tadi pada makanan dan kawasan baru yang mereka lalui.


Mengikut kajian, lipas dipercayai membawa bakteria dan kuman yang menyebabkan penyakit diarrhea, dysentery, cholera, leprosy, plague, demam typhoid dan penyakit tular seperti poliomyelitis.

Thursday 11 April 2019

LIPAS SUKA MABUK-MABUKAN


Lipas mengemari minuman beralkohol berbanding air kosong @ air putih. Perkara ini juga sudah dibuktikan. Hal ini adalah kerana, lipas tertarik kepada kandungan gula yang ada di dalam alkohol tersebut.


Lipas adalah serangga yang menpunyai selera makan yang sangat besar. Lipas boleh makan apa sahaja yang mampu ia hadam seperti gam, sabun, kayu, debu, sampah dan juga alkohol.

SOSEJ MEMBUNUH ANDA PERLAHAN-LAHAN

 

Siapa sangka sosej merupakan penyumbang kepada penyakit kanser? Menurut kajian IARC (Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa) yang melibatkan 800 kes di seluruh dunia, terdapat bukti yang mencukupi bahawa daging yang diproses merupakan antara penyebab kepada kanser usus.

Dengan hanya memakan sebatang sosej (50g), risiko terkena penyakit kanser usus meningkat sebanyak 18 peratus. - IARC


Di Britain sahaja, kes kanser usus ini meragut 16,000 nyawa setiap tahun yang mana merupakan kanser nombor dua paling banyak menyebabkan kematian selepas kanser paru-paru.

Kanser usus merupakan kanser yang paling mudah untuk dirawat berbanding kanser yang lain jika diberikan rawatan dengan kadar segera. Malangnya, kebanyakan pesakit enggan mendapatkan rawatan kerana perasaan malu.


Kanser usus lebih banyak menyerang golongan berusia yang berumur 60 tahun keatas. Mengikut statistik, 55% penghidap kanser adalah lelaki. Manakala, 45% lagi adalah wanita.


Wednesday 10 April 2019

LALAT BERAK SETIAP BEBERAPA MINIT


Cukup kotorkah lalat? Lalat adalah dua kali ganda lebih banyak bakteria berbanding lipas. Justeru itu, lalat sudah semestinya dua kali ganda lebih berbahaya berbanding lipas.


Antara punca utama penyebaran bakteria dari lalat adalah dari sifat semulajadi lalat tersebut. Lalat mempunyai sifat untuk membuang najis setiap beberapa minit. Potensi rumah anda mempunyai hasil buangan najis lalat adalah tinggi jika lalat sudah berada beberapa minit di dalam rumah.


Bukan itu sahaja, lalat juga memuntahkan cecair asid daripada perutnya sebelum mula makan. Jika lalat sudah menjamah makanan anda, adalah sebaiknya untuk terus membuang makanan tersebut untuk mengelakkan keracunan makanan.


Jika anda sukakan kebersihan, anda digalakkan untuk mengunakan spray serangga Organic Peace. Spray ini dihasilkan dari bahan organik dan tidak mempunyai racun yang berbahaya kepada manusia. Tidak seperti spray serangga biasa, kesan spray ini boleh bertahan sehingga tiga ke lima hari. Kerja anda lebih mudah kerana tidak perlu berulang kali menyembur ruangan rumah.

Monday 8 April 2019

BONGKAR RAHSIA SEBENAR JENAYAH SCAM

Baca atau anda mangsa seterusnya. Saya berkongsi rahsia modus operandi jenayah SCAM ini sebab setiap tahun angka mangsa semakin bertambah. Cukup menghairankan apabila jenayah ini tidak berkurang sedangkan sudah banyak kes-kes yang dilaporkan. Adakah ini salah pihak polis tidak cekap ataupun salah si mangsa yang mudah terperdaya? 

Jangan pandang mudah sebab mangsa-mangsa ini selalunya  dari kalangan yang berpelajaran, berharta dan bijak mengurus kewangan. Bayangkan nilai kerugian yang dilaporkan mencecah ratusan juta setiap tahun.

PENIPUAN GORES DAN MENANG
Siapa yang tidak teruja apabila dinyatakan memenangi hadiah yang lumayan hanya dengan menggores sekeping kertas.
Namun, tanpa disedari ia merupakan helah licik sindiket penipuan bagi memperdaya mangsa yang tidak menyedari mereka bakal mengalami kerugian yang lebih besar jumlahnya daripada nilai hadiah yang ditawarkan.
Sindiket penipuan yang memperdaya mangsa menggunakan taktik seperti berikut:
1. Mangsa didatangi suspek serta meminta mangsa memilih kad sedia ada yang menawarkan pelbagai hadiah menarik dan lumayan. 

2. Suspek biasanya akan berkeliaran mencari mangsa khususnya warga emas di kawasan tumpuan seperti pasar raya dan pusat membeli belah.



3. Mangsa yang kononya ‘bernasib baik’ akan diberi pilihan memilih hadiah yang ditawarkan setelah cabutan dibuat.

4. Mangsa kemudianya diminta datang ke pejabat suspek untuk berunding tentang hadiah yang telah dimenangi. 

5. Mangsa dipengaruhi supaya membayar sejumlah wang bagi mendapatkan hadiah tersebut dimana suspek sanggup menemani mangsa mengeluarkan wang di bank sebelum diserahkan.

6. Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu selepas mendapati barangan yang diberi tidak berkualiti dan tidak sepadan dengan jumlah wang yang diserahkan.


PENIPUAN LOVE SCAM
Memancing cinta menggunakan kata-kata romantis dan janji-janji palsu untuk memperdaya mangsa merupakan taktik penipuan ‘Love Scam’ yang digunakan untuk menjerat mangsa yang kebanyakannya wanita kesepian dan ingin mencari pasangan segera.
Modus Operandi:
1. Sindiket akan menghantar mesej secara rawak melalui laman sosial seperti Facebook, Twitter dan e-mel untuk menjerat mangsa.

2. Sindiket akan mula bertindak apabila mangsa memberi respon kepada mesej yang dihantar.



3. Sindiket akan menggunakan profil akaun palsu dan menyamar sebagai lelaki kulit putih atau melayu untuk memujuk dan meyakinkan mangsa. 

4. Setelah mangsa terjerat dengan cinta sindiket, sindiket mula menagih simpati dan meminta pertolongan dari segi kewangan daripada mangsa. 

5. Mangsa yang terpedaya akan memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun sindiket. 

6. Setelah wang dimasukkan dan diterima, sindiket akan terus menghilangkan diri.


PENIPUAN MACAU SCAM
i) Cabutan bertuah (Lucky Draw)
Pengadu menerima panggilan telefon yang mendakwa mangsa telah memenangi pertandingan cabutan bertuah (lucky draw) bernilai jutaan dollar dari syarikat Hong Kong dan Macau.
Pemanggil kemudiannya memberikan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya pengadu mahu menuntut hadiah berkenaan. setelah bersetuju, pengadu dikehendaki membayar cukai dan insuran dengan cara memasukkan wang ke dalam akaun tertentu bagi menuntut hadiah tersebut. setelah transaksi selesai, pemanggil gagal dihubungi dan wang hadiah yang dijanjikan tidak diterima.
ii) 'Spoofing' pegawai polis / agensi kerajaan
Pengadu menerima pangilan telefon daripada individu yang mengaku sebagai pegawai mahkamah dan polis serta mendakwa bahawa pengadu terlibat di dalam kegiatan haram (seperti ah long, kongsi gelap dan pengedaran dadah) dan mangsa kemudiannya diminta untuk memindahkan wang dari akaunnya ke dalam akaun tertentu, kononnya bagi mengelakan akaun mangsa dibekukan oleh pihak berkuasa.
iii) 'Spoofing' pegawai bank negara atau bank komersil (kad kredit)
Mangsa menerima panggilan daripada seseorang yang mengaku sebagai pegawai bank, dengan dakwaan bahawa mangsa gagal membuat bayaran kad kredit. pengadu kemudiannya diarah untuk menghubungi seseorang, kononnya pegawai dari Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mengelakkan nama disenarai hitam atau akaun bank dibekukan. mangsa akhirnya diperdaya untuk membuat pemindahan wang ke nombor akaun tertentu melalui e-banking atau melalui mesin deposit tunai (CDM).
(iv). Tipu culik dan minta wang tebusan
Mangsa menerima panggilan telefon daripada seseorang yang mendakwa anak atau saudaranya diculik. mangsa diperdaya untuk memindahkan wang tebusan ke nombor akaun pihak ketiga yang diberikan oleh pemanggil. (terkesan juga pelbagai helah dan taktik lain yang digunakan oleh ahli-ahli sindiket untuk memperdayakan mangsa, termasuk dakwaan langgar lari dan gagal membayar hutang pinjaman bank / institusi kewangan).
Apa yang perlu dilakukan jika anda berdepan situasi seperti di atas:
i). Sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan muslihat atau tipu helah pihak-pihak tertentu;
ii) Jangan sesekali panik dan mengikut arahan yang diberikan oleh pemanggil, tanpa terlebih dahulu menghubungi pihak polis atau institusi kewangan terbabit;
iii) Jangan hubungi semula nombor telefon yang anda terima. sebaliknya dapatkan nombor telefon rasmi syarikat, organisasi atau institusi terbabit untuk pengesahan lanjut;
iv) Jangan dedahkan nombor akaun bank, nombor kad ATM atau kad kredit anda kepada orang/pemanggil yang tidak dikenali.


PARCEL SCAM
1. Mangsa dalam kes-kes penipuan bungkusan pada lazimnya akan berkenalan dengan suspek melalui laman sosial. 

2. Suspek seterusnya akan meyakinkan mangsa bahawa dia telah jatuh cinta dengan mangsa dan seterusnya berhasrat mengirimkan bungkusan kepada mangsa sebagai tanda cinta. 

3. Setelah bungkusan tersebut dikirim, mangsa akan dihubungi oleh seseorang yang mendakwa sebagai pegawai kastam atau syarikat perkhidmatan penghantaran dan memaklumkan bungkusan yang dikirim kepada mangsa telah sampai. 

4. Mangsa kemudiannya diarahkan membayar cukai atau insuran kerana bungkusan tersebut dikesan mengandungi wang/barang berharga yang tidak diisytihar. 

5. Mangsa turut menerima panggilan daripada warga tempatan yang mengatakan wang pelepasan perlu dibayar ke dalam akaun tertentu yang lazimnya dimiliki warga tempatan. 

6. Mangsa hanya sedar ditipu apabila barang yang dijanjikan tidak diterima dan pihak sindiket berterusan meminta wang daripada mangsa dengan memberikan pelbagai alasan yang berbeza.

TIDAK MAHU MENJADI MANGSA? BELAJAR RAHSIA MEREKA.

Sunday 7 April 2019

SEBULAN LINTAH BERTELUR DALAM HIDUNG


Setelah sebulan lamanya, barulah Nurkomala Sari sedar punca sebenar hidung anak kecilnya sering tersumbat dan kadang kala mengalir darah.

Kerana merasakan hal tersebut hanya perkara biasa, Nurkomala mengikut saranan jirannya untuk mencuba mengunakan ubat titis untuk membunuh bakteria yang menyebabkan rasa gatal di dalam hidung anaknya.

Setelah digunakan beberapa kali, anaknya pun mengadu seperti ada benda yang ingin bergerak keluar dari hidungnya. Setelah diteliti, Nurkomala melihat ada benda hitam memanjang berada di dalam hidung anaknya. Tanpa membuang masa, Nurkomala pun membawa anaknya ke hospital berdekatan.

Di hospital, akhirnya doktor berjaya mengeluarkan benda hitam tersebut yang mana merupakan seekor lintah. Dengan pemeriksaan lanjut, doktor telah menemukan lubang di dalam hidung anak Nurkomala yang telah dijadikan tempat bertelur lintah tersebut.


Sebenarnya perkara ini juga pernah berlaku sebelumnya dengan pelancong dari eropah. Tidak sangka, lintah boleh hidup dalam badan manusia. 

Saturday 6 April 2019

LADA PALING PEDAS 9 KALI GANDA LEBIH PEDAS DARI CILI PADI

(Carolina Reaper)

Jika anda tidak mampu menahan pedas cili padi, kemungkinan besar anda akan mengalami kekejangan jika makan lada terpedas di dunia iaitu Carolina Reaper.

Lada ini merupakan pemegang rekod di dalam Guinness World Records sebagai lada terpedas di dunia dengan catatan rekod kepedasan setinggi 2,200,000 SHU (Scoville Heat Unit). 

(cili padi)

Manakala, cili padi yang terkenal di Malaysia hanya mencatatkan kepedasan di antara 100,000 sehingga 250,000. 


Lada Carolina Reaper ini sesuai juga ditanam di malaysia. Tetapi kurang mendapat sambutan kerana rasa pedas yang agak berbeza dengan lada-lada yang digemari ramai.

LADA PALING PEDAS 9 KALI GANDA LEBIH PEDAS DARI CILI PADI


Jika anda tidak mampu menahan pedas cili padi, kemungkinan besar anda akan mengalami kekejangan jika makan lada terpedas di dunia iaitu Carolina Reaper.

Lada ini merupakan pemegang rekod di dalam Guinness World Records sebagai lada terpedas di dunia dengan catatan rekod kepedasan setinggi 2,200,000 SHU (Scoville Heat Unit).


Manakala, cili padi yang terkenal di Malaysia hanya mencatatkan kepedasan di antara 100,000 sehingga 250,000.


Lada Carolina Reaper ini sesuai juga ditanam di malaysia. Tetapi kurang mendapat sambutan kerana rasa pedas yang agak berbeza dengan lada-lada yang digemari ramai.

Friday 5 April 2019

LIPAS SUKA DIBELAI MACAM KUCING


Lipas adalah thigmotropic, yang bermaksud mereka suka merasakan sentuhan. Mereka gemar untuk merasa sesuatu pada badan mereka. Sebab itulah kenapa lipas menjadikan rekahan dan tempat-tempat sempit sebagai tempat tinggal. Sentuhan dinding pada badan memberikan mereka rasa selesa.


Seperti kucing, lipas juga ingin dibelai. Tetapi sudikah anda membelai seekor lipas? 

Untuk mereka yang tidak suka membelai lipas kerana lipas membawa kotoran dan bakteria, gunakanlah spray serangga Organic Peace. Sekali semburan tahan sehingga 3 ke 5 hari. Hapus, Halau, Halang!


Thursday 4 April 2019

JUMPA TELUR KUTU BERSEPAH DALAM RUMAH, MESTI ADA SEBAB


Seringkali disalah mengertikan, kutu kucing sebenarnya tidak bertelur di cadar, tilam atau perabot rumah. Kutu hanya bertelur pada badan perumahnya. Hal ini dapat membantu telurnya yang menjadi larva sesegera mungkin untuk mendapatkan makanan.


Telur kutu yang bertaburan di sekitar dalam dan luar rumah adalah sebenarnya terjatuh daripada perumah asal. Kucing yang menjadi perumah untuk telur tersebut biasaannya mengaru badannya sehingga menyebabkan telur-telur kutu tersebut terjatuh.


Sudikah anda menjadikan rumah anda sebagai tempat pembiakan kutu? Organic Peace adalah spray yang berasaskan bahan semulajadi dan bebas dari sebarang bahan kimia yang berbahaya. Spray ini sangat ampuh menghapus dan menghalang pembiakan kutu kerana kemampuan untuk bertahan 3 ke 5 hari untuk sekali semburan.