Friday 26 April 2019

5 TANDA ANDA AKAN BERUMUR PANJANG

Para penyelidik mendapati, genetik hanya memainkan peranan sebanyak 25 ke 30 peratus kepada jangka hayat seseorang. Manakala 70 peratus pula adalah dari segi faktor luaran dan cara hidup. Berikut merupakan persamaan yang didapati daripada mereka yang berumur panjang.

1. BERJALAN PANTAS


Mereka yang cenderung untuk berjalan pantas sewaktu muda merupakan mereka yang berpotensi untuk hidup lebih lama. 

2. RAMAI KAWAN


Kebanyakan mereka yang berumur panjang merupakan mereka yang mempunyai ramai kawan dan kenalan. Mereka yang berumur panjang selalunya mempunyai keluarga, kawan dan kawasan kejiranan yang ramah.

3. TIDUR SEKEJAP


Tidur sekejap untuk 30 hingga 60 minit selepas makan tengah hari ataupun waktu petang sinonim dengan mereka yang berumur panjang. Di Jepun, mereka yang mengamalkan tidur sekejap ini selalunya mempunyai umur yang panjang.

4. KERAS KEPALA


Sebuah perkampungan yang bernama Cilento di selatan Italy mempunyai ramai penduduk yang berumur panjang. Peliknya, mereka ini tidak mengamalkan cara hidup yang aktif dan pemakanan yang sihat. Satu-satunya persamaan yang ada pada mereka ialah kedegilan. Mereka ini terkenal dengan sikap degil dan keras kepala. 

5. MANUSIA OPTIMIS


Ini merupakan ciri-ciri yang kebanyakannya ada pada mereka yang berumur lebih 100 tahun keatas. Mereka merupakan individu yang sering berfikiran positif. 

Bagaimana? Anda ada 5 ciri-ciri diatas? Anda pasti akan berumur lebih 100 tahun. Salam positif.

No comments:

Post a Comment