Thursday 11 April 2019

SOSEJ MEMBUNUH ANDA PERLAHAN-LAHAN

 

Siapa sangka sosej merupakan penyumbang kepada penyakit kanser? Menurut kajian IARC (Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa) yang melibatkan 800 kes di seluruh dunia, terdapat bukti yang mencukupi bahawa daging yang diproses merupakan antara penyebab kepada kanser usus.

Dengan hanya memakan sebatang sosej (50g), risiko terkena penyakit kanser usus meningkat sebanyak 18 peratus. - IARC


Di Britain sahaja, kes kanser usus ini meragut 16,000 nyawa setiap tahun yang mana merupakan kanser nombor dua paling banyak menyebabkan kematian selepas kanser paru-paru.

Kanser usus merupakan kanser yang paling mudah untuk dirawat berbanding kanser yang lain jika diberikan rawatan dengan kadar segera. Malangnya, kebanyakan pesakit enggan mendapatkan rawatan kerana perasaan malu.


Kanser usus lebih banyak menyerang golongan berusia yang berumur 60 tahun keatas. Mengikut statistik, 55% penghidap kanser adalah lelaki. Manakala, 45% lagi adalah wanita.


No comments:

Post a Comment