Saturday 6 April 2019

LADA PALING PEDAS 9 KALI GANDA LEBIH PEDAS DARI CILI PADI


Jika anda tidak mampu menahan pedas cili padi, kemungkinan besar anda akan mengalami kekejangan jika makan lada terpedas di dunia iaitu Carolina Reaper.

Lada ini merupakan pemegang rekod di dalam Guinness World Records sebagai lada terpedas di dunia dengan catatan rekod kepedasan setinggi 2,200,000 SHU (Scoville Heat Unit).


Manakala, cili padi yang terkenal di Malaysia hanya mencatatkan kepedasan di antara 100,000 sehingga 250,000.


Lada Carolina Reaper ini sesuai juga ditanam di malaysia. Tetapi kurang mendapat sambutan kerana rasa pedas yang agak berbeza dengan lada-lada yang digemari ramai.

No comments:

Post a Comment