Sunday 31 March 2019

SERANGAN SEMUT CHARLIE DI MALAYSIA


Semut charlie ini juga dikenali sebagai semut semai atau semut kayap. Semut ini biasanya ada di kawasan perkampungan yang mengamalkan penanaman padi. Tidak seperti semut lain yang biasanya mengigit, semut charlie mengeluarkan cecair bisa yang boleh menyebabkan kulit melecur dan melecet


Semut ini dikesan di seluruh Malaysia kerana cuaca yang panas dan lembab sepanjang tahun sangat sesuai untuk mereka membiak. Semut ini sebenarnya berguna untuk mengawal pembiakan serangga pemusnah tanaman kerana semut charlie menjadikan serangga sebagai makanan.



Namun demikian, semut charlie memberi risiko kepada manusia kerana cecair haemolimfa yang mereka rembeskan boleh menyebabkan kawasan kulit yang terlibat akan terasa seperti melecet dan terbakar. Kes yang tidak teruk kebiasannya akan mengambil masa beberapa hari untuk pulih manakala kes pertengahan dan kritikal mengambil masa satu hingga dua minggu untuk pulih dan parut hiperpigmentasi yang kekal selama sebulan. Dermatitis linearis yang teruk lazim diikuti dengan tindak balas systemik seperti demam, sakit sendi, radang lapisan mucus hidung, sakit kepala (ataupun kawasan saraf) dan keradangan telinga.


Saturday 30 March 2019

TUKANG PAIP CAS 230 RIBU UNTUK REPAIR TANDAS TERSUMBAT


Apakah perasaan anda apabila dikenakan bayaran sebanyak 230 ribu hanya untuk membaiki saluran tandas yang tersumbat? Bukankah lebih baik jika anda membeli rumah baru berbanding membaiki tandas tersumbat dengan kadar harga yang tersangat lebih luar biasa. Teknik penipuan ini dikupas dari laporan sebuah rancangan TV Current Affair yang berpusat di Australia.


Jika anda melihat video tersebut, anda akan sedar bahawa mangsa si penipu ini adalah orang-orang tua sahaja. Modus operandi si penipu ini adalah kononnya mengenakan bayaran murah pada awalnya. Setelah dia memulakan kerja pembaikan, dia kemudiannya akan menemui kerosakan tambahan yang perlu dibaiki. Malangnya, menurut para mangsa, tukang paip ini melakukan lebih banyak kerosakan lagi kerana lantai, tanah dan dinding dipecahkan dan digali.


Tukang paip ini bukanlah penipu biasa-biasa. Ketika dituntut untuk memohon penjelasan, dia dengan mudah mengatakan bahawa para mangsa sendiri yang menandatangani persetujuan untuk bayaran tersebut. Soal harga yang tidak masuk akal, dia mengatakan itu bukan masalah kepadanya kerana para mangsa sendiri yang bersetuju.


Thursday 28 March 2019

WABAK BLACK DEATH RAGUT 200 JUTA NYAWA BERPUNCA DARI KUTU KUCING


Pernahkah anda mendengar tentang wabak maut suatu ketika dulu yang dipanggil Black Death? Wabak ini telah menyebabkan kematian yang sangat besar iaitu antara 75 hingga 200 juta orang. Wabak ini merebak sekitar negara Eropah dan Asia yang mana, kawasan utama yang dilanda wabak ini adalah kota London. Pada masa itu, London kehilangan 20% daripada penduduknya selepas 2 tahun menyerang wabak ini pada pertengahan tahun 1600. Misterinya, punca wabak ini hanya dikesan sekitan tahun 20-an.


Wabak ini sebenarnya berasal daripada kutu (kutu yang selalu ada pada kucing) yang telah dijangkiti oleh bakteri yang dipanggil Yersinia pestis. Kutu yang dijangkiti ini akan menularkan bakteria itu kepada manusia yang ia gigit. Siapa yang boleh menganggarkan kutu boleh menyebarkan penyakit yang sangat bahaya.


Masa sekarang, wabak ini tidak menjadi risiko kematian lagi kerana kita boleh menentang bakteria yang ditularkan kutu menggunakan antibiotik. Bagaimanapun, siapa tahu kalau kutu ini akan menular baru bakteria yang mungkin lebih sukar dibendung.

CACING GERGASI KINABALU, SEDUT MACAM SPAGETI



Sebesar manakah cacing tanah yang anda pernah lihat? Sebenarnya, di Sabah terdapat cacing yang luar biasa besar. Cacing ini dipanggil cacing gergasi kinabalu. Berwarna biru kehitaman, cacing ini biasanya bergerak perlahan-lahan di tebing sungai ataupun kawasan yang lembab.


Cacing gergasi kinabalu ini bagaimanapun mempunyai pemangsa utama iaitu lintah gergasi yang berwarna merah. Lintah ini menjadikan cacing gergasi kinabalu sebagai menu kegemaran. Seolah-olah menyedut spageti, cacing ini lenyap dengan sekali sedut.


Begitulah uniknya negeri Sabah, menpunyai banyak flora dan fauna yang luar biasa cantik dan luar biasa menakutkan. hehehe



Wednesday 27 March 2019

7 SERANGGA YANG MENJADIKAN MANUSIA SEBAGAI MAKANAN

Berikut adalah serangga yang menjadikan manusia sebagai salah satu menu makanan mereka.

1. Kutu kepala

2. Pepijat

3. Kutu pinjal

4. Sengkenit

5. Nyamuk

6. Hama

7. Lalat pikat

Monday 25 March 2019

LALAT BERTELUR DALAM TELINGA ANAK 3 TAHUN



Seorang kanak-kanak perempuan yang baru berusia 3 tahun dikejarkan ke hospital setelah mengadu sakit di telinga kirinya sejak dua hari lagi. Setelah diteliti, doktor sangat terkejut kerana punca sakit tersebut sangat jarang terjadi.

Rupa-rupanya, seekor lalat telah bertelur di dalam telinga anak perempuan tadi dan kini telur tersebut sudah menjadi ulat@larva. Cubaan ulat ini mengali dan makan bahagian dalaman telinga anak tadilah yang menyebabkan rasa sakit.


Dengan kemahiran yang ada, doktor berjaya mengeluarkan semua ulat dan kini anak tersebut beransur pulih setelah 3 hari melakukan pemeriksaan lanjutan.




Mahu rumah bersih dan bebas lalat? Organic Peace boleh menyelesaikan masalah anda. Sekali semburan berkesan sehingga 3 ke 5 hari.



LIPAS BERTELUR DALAM TELINGA SEBELUM SEMPAT DITARIK KELUAR


Teruskan membaca jika anda yakin mampu menerima kenyataan bahawa lipas boleh bertelur dalam telinga manusia. Kejadian yang sangat misteri ini terjadi di Florida. Blake Collin yang sudah sekian lama hidup berperang dengan lipas akhirnya menerima tamparan akhir apabila seekor lipas memilih untuk bertelur di dalam telinga beliau.

Sekitar jam 5 pagi, Collin terjaga dari tidur kerana merasa sakit di dalam telingga. Beliau dapat merasakan sesuatu sedang mengali masuk ke dalam telinga. Tanpa membuang masa, dia bergegas ke hospital untuk mendapatkan bantuan.


Doktor memasukkan sejenis cecair lidocaine untuk membunuh lipas tersebut. Menurut Collin, untuk beberapa minit, dia dapat merasakan lipas tersebut sedang bergerak-gerak dengan pantas sebelum  mati perlahan-lahan di dalam telinga.

Tidak cukup dikejutkan dengan kejadian lipas bersembunyi di dalam telinga, rupa-rupanya lipas tersebut juga sempat bertelur. Bertuahnya, telur tersebut dikesan dan dikeluarkan.

Jika anda seperti Collin yang menghadapi masalah lipas di rumah, jangan berlengah lagi. Guna spray serangga Organic Peace yang terbukti berkesan menghapus, menghalau dan menghalang lipas.



Sunday 24 March 2019

[VIDEO] MENGAMUK DISAMAN POLIS, LELAKI HANCURKAN MOTOR


Siapa benci disaman polis? Tapi tidak separah Adi Saputra. Kerana ditahan tidak mengunakan helmet, Adi pun mengamuk tahap dewa. Adi yang menunggang motor bersama kekasih hati tanpa memakai topi keledar akhirnya berkesudahan trajis. Mendapat saman, motor rosak dan kini ditahan polis kerana motor tersebut tiada surat sah.





Friday 22 March 2019

HUBUNGAN LIPAS DAN PENYAKIT ASMA


Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa lipas boleh menyebabkan penyakit asma. Mengikut kajian, alergi daripada lipas merupakan antara faktor terkuat penyebab asma. Di dalam kajian di antara kanak-kanak dan orang dewasa di Amerika Syarikat, sekitar 17 - 41% mempunyai alahan terhadap lipas. Sekitar 85% alergi lipas dikesan di kawasan perumahan.

Asma akibat lipas ini lebih bahaya kepada kanak-kanak yang mempunyai alahan. Kanak-kanak yang mendapatkan rawatan asma di hospital dan mempunyai alahan kepada lipas adalah 3.4 kali ganda berbanding mereka yang tidak mempunyai alahan. Kanak-kanak yang mempunyai alergi keatas lipas lebih kerap ke hospital iaitu pada kadar 78%.

Adakah keluarga anda mempunyai sejarah penyakit asma? Adakah anak anda mempunyai alahan terhadap alergi dari lipas? Pastikan rumah anda bersih dan bebas dari lipas untuk mengelak daripada perkara yang tidak diingini.



Tuesday 19 March 2019

ORGANIC PEACE TERLEBIH "MANIS" UNTUK SEMUT



Pantang ada benda manis yang tercicir di lantai. Dalam masa beberapa minit, mesti ada semut datang kerumun. Lupa tutup bekas gula, terpaksalah kita seharian asingkan semut dengan gula. Fikir punya fikir, mesti ada jalan penyelesaian yang paling mudah. Mana tahan tiap hari perlu berurusan dengan semut.

Kita perlu spray serangga yang boleh tahan lama. Sekali spray, boleh tahan sampai dua ke tiga hari. Bukan dua ke tiga minit. Itu bukan menyenangkan, tapi menyusahkan. takkanlah tiap kali ada semut kita perlu spray. Sebab tu kita perlu spray yang boleh tahan lama. Kalau seminggu hanya perlu sekali spray, hati lebih senang dari senang.


Sebab tulah saya automatik jatuh hati dengan spray Organic Peace. Sekali spray boleh tahan beberapa hari. Kerja jadi lebih senang. Hari ini spray, esok-esok masih boleh jumpa lagi semut-semut yang sudah KO. Buat apa mau susahkan diri sendiri guna spray lain kalau kita sudah ada spray Organic Peace?


KOTORKAH LIPAS? KENAPA BOLEH JADI MAKANAN


Di China, perusahaan menternak lipas adalah sesuatu yang mendatangkan hasil yang lumayan. Ini kerana, masyarakat di sana menjadikan lipas sebagai sajian makanan. Lain pula halnya di negara kita Malaysia. Lipas dikategorikan sebagai serangga perosak. Lipas dilihat sebagai serangga pengotor dan membawa pelbagai jenis penyakit.

Jika lipas serangga pengotor dan membawa pelbagai penyakit, kenapa mereka yang menjadikan lipas sebagai makanan tidak pernah terkena sebarang penyakit? Sebenarnya, kebersihan lipas bergantung kepada lingkungan kawasan pembiakan mereka. Lipas tidak dilahirkan kotor dan membawa bakteria. Lipas hanya menjadi kotor apabila ia melalui kawasan yang kotor. Di China, lipas diternak didalam ruang yang bebas dari bakteria dan kotoron. Oleh itu, lipas-lipas tersebut bersih dari sebarang bakteria dan boleh dimakan.

Lain pula halnya di Malaysia, Lipas tidak diternak. Lipas bebas berkeliaran dan biasanya menjadikan saluran kumbahan dan kawasan pembuangan sampah tempat berkeliaran dan membiak. Lipas-lipas ini secara tidak langsung akan menjadi ajen pembawa dan penyebar bakteria di kawasan-kawasan yang menjadi laluan mereka. 


Lipas menyebarkan pelbagai jenis penyakit seperti Diarrhoea, Dysentery, Cholera , Leprosy (kusta), Plague , Typhoid fever dan Poliomyelitis. Justeru itu, melindungi rumah anda dari menjadi tempat pembiakan lipas adalah sangat penting.

Spray serangga ORGANIC PEACE adalah produk yang dihasilkan daripada ramuan bahan-bahan organik terpilih yang boleh menghapuskan lipas dan serangga perosak yang lain tanpa perlu membahayakan keselamatan penguna. Organic Peace tidak berbahaya kepada manusia, tumbuhan dan haiwan. Gunalah Organic Peace untuk keselamatan dan keselesaan keluarga anda.


Monday 18 March 2019

1001 MASALAH KERANA FLEA (KUTU ANJING)


Kuyu saja tu puppy. Tidak lagi macam dulu. Selalunya, kalau ada orang lalu, mesti si puppy tu menyalak. Anjing jaga rumah, tapi sekarang tebaring saja berjemur sana belakang rumah. Bila perhati lama-lama baru perasan, selang beberapa minit mesti si puppy garu-garu badan.


Rupanya, dia sudah terjangkit anjing jiran. Badan penuh kutu, kulit pun bekudis sebab luka kena garu. Terpaksa google apa bahaya kutu anjing ni. Rupanya, kutu anjing ni bahaya untuk manusia dan anjing tu sendiri. Berikut ialah bahaya kutu anjing:

1. Menyebabkan alahan pada kulit.
2. Menyebarkan cacing pita kepada manusia dan juga anjing.
3. Boleh mendatangkan penyakit anemia kerana kekurangan sel darah merah. Untuk anak anjing atau anjing yang lemah, anemia boleh membawa maut.

Wahh!! Bahayakan. Sebab tu saya guna spray Organic Peace. Kalau boleh, saya tida mau pun ada satu ekor kutu dalam kawasan rumah saya. Kesian dengan si puppy, risiko lagi untuk penghuni rumah. Nasib baiklah ada spray Organic Peace. Selesai masalah. Lepas ni perlu suruh jiran pula cuba ni spray. Dia selesa, saya pun selesa.