Saturday 30 March 2019

TUKANG PAIP CAS 230 RIBU UNTUK REPAIR TANDAS TERSUMBAT


Apakah perasaan anda apabila dikenakan bayaran sebanyak 230 ribu hanya untuk membaiki saluran tandas yang tersumbat? Bukankah lebih baik jika anda membeli rumah baru berbanding membaiki tandas tersumbat dengan kadar harga yang tersangat lebih luar biasa. Teknik penipuan ini dikupas dari laporan sebuah rancangan TV Current Affair yang berpusat di Australia.


Jika anda melihat video tersebut, anda akan sedar bahawa mangsa si penipu ini adalah orang-orang tua sahaja. Modus operandi si penipu ini adalah kononnya mengenakan bayaran murah pada awalnya. Setelah dia memulakan kerja pembaikan, dia kemudiannya akan menemui kerosakan tambahan yang perlu dibaiki. Malangnya, menurut para mangsa, tukang paip ini melakukan lebih banyak kerosakan lagi kerana lantai, tanah dan dinding dipecahkan dan digali.


Tukang paip ini bukanlah penipu biasa-biasa. Ketika dituntut untuk memohon penjelasan, dia dengan mudah mengatakan bahawa para mangsa sendiri yang menandatangani persetujuan untuk bayaran tersebut. Soal harga yang tidak masuk akal, dia mengatakan itu bukan masalah kepadanya kerana para mangsa sendiri yang bersetuju.


No comments:

Post a Comment