Friday 22 March 2019

HUBUNGAN LIPAS DAN PENYAKIT ASMA


Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa lipas boleh menyebabkan penyakit asma. Mengikut kajian, alergi daripada lipas merupakan antara faktor terkuat penyebab asma. Di dalam kajian di antara kanak-kanak dan orang dewasa di Amerika Syarikat, sekitar 17 - 41% mempunyai alahan terhadap lipas. Sekitar 85% alergi lipas dikesan di kawasan perumahan.

Asma akibat lipas ini lebih bahaya kepada kanak-kanak yang mempunyai alahan. Kanak-kanak yang mendapatkan rawatan asma di hospital dan mempunyai alahan kepada lipas adalah 3.4 kali ganda berbanding mereka yang tidak mempunyai alahan. Kanak-kanak yang mempunyai alergi keatas lipas lebih kerap ke hospital iaitu pada kadar 78%.

Adakah keluarga anda mempunyai sejarah penyakit asma? Adakah anak anda mempunyai alahan terhadap alergi dari lipas? Pastikan rumah anda bersih dan bebas dari lipas untuk mengelak daripada perkara yang tidak diingini.



No comments:

Post a Comment