Tuesday 19 March 2019

KOTORKAH LIPAS? KENAPA BOLEH JADI MAKANAN


Di China, perusahaan menternak lipas adalah sesuatu yang mendatangkan hasil yang lumayan. Ini kerana, masyarakat di sana menjadikan lipas sebagai sajian makanan. Lain pula halnya di negara kita Malaysia. Lipas dikategorikan sebagai serangga perosak. Lipas dilihat sebagai serangga pengotor dan membawa pelbagai jenis penyakit.

Jika lipas serangga pengotor dan membawa pelbagai penyakit, kenapa mereka yang menjadikan lipas sebagai makanan tidak pernah terkena sebarang penyakit? Sebenarnya, kebersihan lipas bergantung kepada lingkungan kawasan pembiakan mereka. Lipas tidak dilahirkan kotor dan membawa bakteria. Lipas hanya menjadi kotor apabila ia melalui kawasan yang kotor. Di China, lipas diternak didalam ruang yang bebas dari bakteria dan kotoron. Oleh itu, lipas-lipas tersebut bersih dari sebarang bakteria dan boleh dimakan.

Lain pula halnya di Malaysia, Lipas tidak diternak. Lipas bebas berkeliaran dan biasanya menjadikan saluran kumbahan dan kawasan pembuangan sampah tempat berkeliaran dan membiak. Lipas-lipas ini secara tidak langsung akan menjadi ajen pembawa dan penyebar bakteria di kawasan-kawasan yang menjadi laluan mereka. 


Lipas menyebarkan pelbagai jenis penyakit seperti Diarrhoea, Dysentery, Cholera , Leprosy (kusta), Plague , Typhoid fever dan Poliomyelitis. Justeru itu, melindungi rumah anda dari menjadi tempat pembiakan lipas adalah sangat penting.

Spray serangga ORGANIC PEACE adalah produk yang dihasilkan daripada ramuan bahan-bahan organik terpilih yang boleh menghapuskan lipas dan serangga perosak yang lain tanpa perlu membahayakan keselamatan penguna. Organic Peace tidak berbahaya kepada manusia, tumbuhan dan haiwan. Gunalah Organic Peace untuk keselamatan dan keselesaan keluarga anda.


No comments:

Post a Comment