Thursday 28 February 2019

KEMARAU DI SABAH, 36 TITIK PANAS


Sepanjang bulan Februari, 36 titik panas telah dikesan oleh Jabatan Alam Sekitar di Sabah. Adalah tidak digalakkan untuk membuat sebarang aktiviti diluar rumah sepanjang bulan ini kerana suhu panas ini dijangka akan berlarutan sehingga akhir bulan Mac.

Penduduk digalakkan untuk meminum air dalam kuantiti yang banyak untuk mengelak sebarang penyakit akibat cuaca panas. Setakat ini, suhu panas telah mencecah sehingga 33 darjah celsius.

Untuk bahagian Kudat, Sandakan dan Tawau, kemungkinan kemarau akan berlarutan sehingga bulan April.


Tuesday 26 February 2019

KAKTUS CANTUM / KAHWIN


Kita selalunya melihat bunga-bunga yang di-grafting (kahwin/cantum) untuk mendapatkan hasil yang lebih cantik atau menarik. Ada juga yang berjaya mencantumkan 1 pokok dengan 40 jenis buah. Tetapi kali ini kita lihat pula kaktus yang dicantumkan dan hasilnya anda lihatlah sendiri.










Saturday 23 February 2019

HEBAT! CIPTA MAINAN DARI SELIPAR TERBUANG


Di pesisiran pantai Kenya, selipar terbuang sering saja terdampar di tepi pantai. Hal inilah yang mencetus idea untuk sebuah syarikat kecil di Nairobi untuk membuka kilang membuat patung mainan dari selipar terbuang.


Tidak hanya ala kadar, hasil ciptaan syarikat kecil ini sangat kemas dan menarik. Tidak hairanlah apabila ada syarikat besar yang membeli dan kemudiannya  menjual semula patung mainan tersebut dengan harga berlipat kali ganda.


Jika anda mempunyai bakat dan kemahiran sedemikian, tunggu apa lagi?









GENIUS! BUAT PULAU DARI BOTOL PLASTIK


Richart Sowa berjaya menghasilkan pulau daripada botol plastik. Dia turut mendirikan rumah dan menanam tumbuhan di atas pulau buatan tersebut. 


Pulau pertama yang beliau bina pada tahun 1998 terdiri daripada 300,000. Pulau tersebut diberi nama Spiral Island tetapi malangnya pada tahun 2005 pulau tersebut musnah akibat ribut taufan.

(Spiral Island)

Akibat kehilangan pulau pertama, beliau pun membina pulau kedua yang diberi nama Joyxee Island. Pulau tersebut dibuka untuk berkungjung sejak 2008 lagi.


(Joyxee Island)




Thursday 21 February 2019

3 CARA MUDAH ATASI MIGRAIN ATAU SAKIT KEPALA


Sakit kepala biasa terjadi. Tetapi untuk sesetengah orang, tahap kesakitannya adalah berbeza-beza. Adalah suatu keperluan untuk anda mengetahui cara mengatasi masalah tersebut untuk mengelakkan rasa sakit yang berpanjangan. Berikut adalah 3 cara mudah untuk melegakan sakit kepala migrain yang anda boleh lakukan.


1. KIUB AIS
Guna kiub ais yang dibungkus dan letakkan di dahi. Rasa sejuk mampu memberi kesan kebas yang menghilangkan rasa sakit kepala. Lakukan selama 15 minit dan ulangi setiap kali rasa sakit. Anda boleh juga mengunakan bahan-bahan sejuk yang lain selain kiub ais. Mandi air sejuk juga boleh memberi kesan yang sama.


2. PAD PEMANAS
Rasa panas boleh melegakan kepada ketegangan otot. Jika anda mengalami sakit kepala, letakkan pad pemanas di bahagian tengkuk ataupun atas kepala. Ataupun, anda juga boleh mencuba mandi air panas.


3. KAFIEN
Minum air berkafien contohnya kopi. Kafien boleh mengurangkan rasa sakit kepala, tetapi dalam jumlah yang sedikit. Jika berlebihan kafien pula, boleh mengakibatkan rasa sakit kepala yang lain.

Wednesday 20 February 2019

USAHAWAN BERJAYA SETELAH BANGKIT DARI JATUH


Bambang Mustari Sadino atau lebih dikenali sebagai Bob Sadino terkenal dengan kekayaannya di Indonesia. Tetapi tidak ramai yang mengetahui bahawa dia juga pernah mengalami zaman kejatuhan di mana dia perlu bekerja sebagai buruh bangunan.

Beliau sememang dilahirkan di dalam keluarga yang berada. Ketika dia berumur 19 tahun, kedua ibubapanya meninggal dunia. Dia diwariskan segala harta kerana adik beradiknya yang lain sudah hidup berkemampuan. 

Sesudah itu, beliau memilih untuk berhijrah ke luar negara dan bekerja di sana. setelah sekian lama, beliau pun kembali ke Indonesia bersama pasangan hidupnya Soelami Soejoed.

Ketika di Indonesia beliau memilih untuk berhenti kerja dan menjalankan perusahaan sewaan kereta Mercedes. Beliau hanya memilik sebuah kereta Mercedes dan beliau sendiri yang bekerja sebagai pemandunya. Malangnya, dia telah terlibat di dalam kemalangan sehingga Mercedes yang beliau pandu rosak teruk. Kerana kos baik pulih yang mahal, beliau terpaksa menghentikan perusahaannya.


Tidak berputus asa untuk meneruskan kehidupan, beliau mulai bekerja sebagai buruh bangunan dengan gaji yang sangat rendah. Sehinggalah suatu hari, seorang sahabat menemuinya dan menyarankan beliau agar berbisnes telur ayam negeri (ayam daging). Tertarik dengan idea tersebut, Bob Sadino terus membuka perusahaan penternakan ayam. Dia mulanya menjual telur ayam daging tersebut dari pintu ke pintu kerana pada zaman itu, telur ayam kampung masih mendominasi pasaran Indonesia.


Masa pun berlalu, akhirnya telur ayam daging mulai mendapat minat di Indonesia. Melihat penerimaan positif yang beliau terima, beliau mulai menjual daging ayam pula. Selain itu, beliau juga orang pertama di Indonesia yang membuka ladang sayur hidroponik. Setelah beberapa tahun beliau akhirnya menjadi orang yang sangat kaya dan terkenal di Indonesia.

Monday 18 February 2019

KEPULAN AWAN YANG MEMBENTUK SERUPA HAIWAN

Berikut adalah koleksi gambar awan yang terbentuk seperti haiwan. Lihat dan teka sendiri terlebih dahulu dan lihat adakah anda mempunyai jawapan yang sama seperti yang lain.

1.


2.


3.


4.


5.


6.


7.


Jawapan :
1. Itik
2. Paus
3. Burung
4. Anjing
5. Serigala
6. Kucing
7. Anjing

POLIS BAKAR 3.3 TAN GANJA, SATU BANDAR MABUK


Niat pihak polis Palmerah Indonesia untuk memusnahkan 3.3 tan ganja menjadi malapetaka apabila seluruh bandar menjadi mabuk (high).


Cubaan untuk memusnahkan ganja dengan cara membakar nampaknya adalah pilihan yang salah. Ini kerana asap daripada pembakaran ganja tersebut mengakibatkan kesan pening dan mual kepada mereka yang tersedut asap tersebut.


Kepulan asap daripada ganja sebanyak 3.3 tan itu telah ditiup angin menuju ke arah bandar sehingga mengakibatkan ramai yang mengadu terasa pening dan mabuk. Menurut doktor, kesan pening tersebut biasanya terjadi kepada mereka yang menghisap ganja buat pertama kali.

Mungkin selepas ini pihak polis memerlukan cara yang lebih ampuh untuk memusnahkan ganja tanpa perlu merisikokan keselamatan penduduk bandar.

Friday 15 February 2019

PAKAI TOPENG UNTUK TEBUS DUIT LOTERI 4.8 JUTA


Lelaki dari Jamaica ini sangat bertuah setelah beliau menang loteri sebanyak 4.8 juta ringgit. Dengan penampilan yang menarik perhatian ramai, beliau muncul dengan kostum pakaian pembunuh bertopeng yang ditayangkan di dalam movie Scream.


Menurut beliau, dia sengaja merahsiakan identitinya untuk tujuan keselamatan dan kemunculan saudara mara palsu. Beliau juga berkata, dia sudah banyak membaca kisah para pemenang loteri yang akhirnya menjadi miskin setelah gagal menguruskan kewangan dengan baik. Bahkan ada yang dibunuh oleh saudara terdekat sendiri.


Ramai yang memberi komen positif kepada beliau kerana mengambil langkah berjaga-jaga. Dan sebelum ini juga, sudah ramai yang memilih untuk merahsiakan identiti ketika datang menebus duit kemenangan loteri.

Tuesday 12 February 2019

TERTIPU BELI SYABU PALSU, PENAGIH DADAH LAPOR POLIS


Sudah menjadi kebiasaan apabila ramai yang membuat laporan di balai polis kerana tertipu membeli barangan palsu. Tapi kali ini kejadian aneh terjadi apabila seorang lelaki nekad ke balai polis untuk melaporkan bahawa dia ditipu ketika cuba membeli dadah jenis syabu.

Kejadian tersebut terjadi di China. Wang Nan pada mulanya ingin membeli syabu berharga 1400 Yuan (RM840) yang seberat 1.58 gram. Malangnya, ketika mencuba syabu tersebut dia berasa pelik. Ternyata syabu yang baru ia beli sebenarnya hanyalah gula batu.


Berang kerana ditipu, Wang Nan nekad membuat laporan di balai polis dengan niat untuk mendapatkan wangnya kembali. Walaupun polis berjaya menangkap penipu tersebut, Wang Nan turut diberkas kerana didapati positif syabu.

Monday 11 February 2019

ORANG CERDIK PILIH KUCING BERBANDING ANJING?


Suatu dapatan kajian di Francisco di kalangan para pelajar kolej mendapati bahawa penggemar kucing dan penggemar anjing mempunyai personaliti yang berbeza.

Menurut kajian tersebut, penggemar anjing mempunyai personaliti yang ceria, ramah dan penuh bertenaga. Mereka juga mempunyai tahap disiplin yang tinggi.


Bagi penggemar kucing pula, mereka dikategorikan sebagai introvert, berfikiran terbuka dan lebih sensitif berbanding penggemar anjing.

Menurut Denise Guastello seorang profesor di Carroll University di Waukesha, dia menjelaskan penggemar anjing memilih untuk keluar dan berbual dengan orang lain sambil berjalan-jalan bersama anjing mereka. Manakala penggemar kucing pula memilih untuk duduk di rumah dan melakukan aktiviti sendiri tanpa perlu membawa kucing keluar bersiar-siar.


Daripada 600 pelajar kolej, 60% memilih anjing dan 11% pula memilih kucing. Manakala selebihnya menyatakan meminati keduanya ataupun menolak keduanya. Jika diteliti keputusan akademik mereka, ternyata penggemar kucing mempunyai keputusan akademik yang lebih tinggi berbanding penggemar anjing.

Tetapi, kajian ini hanya dilakukan di kalangan pelajar kolej. Keputusan mungkin akan berbeza jika dilakukan secara menyeluruh.


Sebagai nota, Albert Einstein saintis yang memiliki IQ setinggi 160 mempunyai beberapa haiwan peliharaan termasuk anjing dan kucing.