Friday 1 February 2019

LUPAKAN MUSANG KING, DURIAN J-QUEEN SEBIJI RM4000


Sebiji durian yang bernilai sebuah motosikal ini hanya ada di Indonesia! Kalau Malaysia terkenal dengan durian Musang King yang bernilai sekitar rm100 sebiji, durian J-Queen asal Indonesia ini pula berharga rm4000 sebiji.

Durian ini hanya ada dijual 4 biji sahaja. 2 sudah dibeli dan 1 lagi sudah dipesan. Sekarang masih berbaki sebiji yang masih belum terjual. 

Walaupun harga durian ini tidak masuk akal, penjualnya berkata masih ada yang sanggup membeli kerena kualiti durian tersebut yang tidak dapat ditandingi durian lain. Yang pertama, durian tersebut hanya berbuah 3 tahun sekali. Kedua, durian itu hanya ada satu pokok sahaja di seluruh dunia.


Aka adalah pemilik durian tersebut. Menurut beliau, durian tersebut dihasilkan melalui "crossbreeding" di antara pokok-pokok durian terbaik. Akhirnya usaha beliau tidak sia-sia setelah berjaya menghasilkan durian yang menpunyai rasa kacang dan mentega.

No comments:

Post a Comment