Tuesday 5 February 2019

LELAKI RANCANG SAMAN IBUBAPA SEBAB DILAHIRKAN TANPA KEIZINAN


Samuel lelaki berumur 27 tahun asal Mumbai India telah merancang untuk menyaman kedua ibubapanya kerana melahirkan beliau tanda meminta keizinan.


Walaupun mengaku mempunyai hubungan yang "baik" dengan keluarganya, dia tetap meneruskan niat untuk menyaman kerana ingin menunjukkan kepada semua anak di India bahawa mereka tidak berhutang apa-apa kepada ibubapa kerana yang melahirkan mereka di dunia tanpa keizinan mereka adalah ibubapa.


Beliau juga memesan kepada semua anak di India untuk mencari tahu kenapa ibubapa memilih untuk melahirkan mereka. Kerana sebaliknya, ibubapa seharusnya bertanggungjawap kerana melahirkan mereka tanpa izin.

No comments:

Post a Comment